Khamis, 26 Februari 2009

Kepada sesiapa yang berkenaan

Kami selalu berbincang..kadang2 berkenaan remeh temeh..

Dia selalu call aku mlm2, kadang mood dia manja kadang2 mood dia nak mengondem aku..tp dia kata dia nasihat......

Aku selalu nangis bile dia wat macam tu, tp kat telefon la..depan dia macam mana marah n sedih skalipun aku, hanya sekali je aku pernah menangis depan dia. Masa tu aku dah memang x tau dah camne nak explain pada dia. Pas aku menangis tu tau plak dia pujuk..walaupun xla pujuk secara lisan tp secara body langguage (jgn fikir lain ek...).

Camne ek aku nak ckp pada dia..Kadang2 ape yang aku ckpkan dia selalu salah anggap. Dia selalu fikir secara direct dan x fikir pun disebalik ape yang aku ckp tu. Dia nak aku ckp secara jelas, bg aku plak ..aku jenis yang malu untuk terus terang pada dia. Hmmm....

Dia pernah tanye aku, knp aku susah nak menangis depan dia, tp kalau dekat telefon aku akan menangis sampai tersedu2..

Well...ketahuilah yang aku sebenarnye x suka org tgk aku lemah, dan aku x nak dia fikir yang aku ni menangis depan dia sebab nak minta simpati saje. Kalau kat fon..xleh nak control,xkan nak letak terus telefon..rude sgt. X nak la camtu skali. Aku x suka org letak2 telefon kalau aku x abis cakap lg, so sbb tu aku x buat pada dia.

Aku pun sll tanye dia, kenapa depan aku dia x nak pun ckp itu ini, ni x betul, ni betul, ni slah, tu x salah..semua dia ckp kat fon. Dia kata x terkeluar..mungkin jugak dia x sampai hati. Sebab tu kalau missunderstanding/misscomunication..aku lebih suka pergi jumpa dengan dia, then kitorang akan baik semula..

Yupp...aku mengaku aku ni kadang kala kebudak2 kan. Aku kadang2 rasa x nak jauh pun dari dia. Aku mengaku semua tu. Sebab dengan dia aku baru berasa betul2 "bercinta". Selama ni secara perkataan je..kata aku ni awek la..some1 special la..tp xde langsung rasa diri aku ni macam tu.

Macam mana ek..sampai rase mcm..aku dah x tau dah nak ckp mcm mana, kalau la dia boleh baca ape yang aku fikirkan pasal dia dan ape yang aku anggap dia selama ni kan senang. Tp aku tau tu mustahil.Dia pun jarang baca blog aku ni.

Emm..aku akan cuba baiki ape yang x elok dr diri aku ni. Tapi aku x boleh nak jadi sempurna. Tak ada yang sempurna pun dlm dunia ni. Hope u understand my dear..

2 ulasan:

ISMAIL BIN ALI berkata...

dalam perhubungan ni, perkara terbaik adalah berterus terang dan saling memepercayai

antara ke2-2 belah pihak harus berpegang pd mende2 ni, kalau sebelah pihak je bt, maka pincanglah ia...

berterus terang kadangkala menyakitkan tp sakit, namun kebenaran tidak sesakit kena tipu.

namun - berhati2

manisz berkata...

berterus terang face to face lagi bagus dr kita tk nmpak dia masa kita berbincang.. dr situ ko leh tgk reaksi muka dia.. ikhlaskah, mencemik kah, membenci kah, meluat kah, menjelir2 kan lidah kah masa ko mengexpresikan luahan rasa or apa2lah..

menangis dpan dia tk bermakna kita lemah.. lau perlu nangis jer depan dia, barulah dia menghargai setiap titik airmata ko yg keluar..

dlm cinta, ko perlu matang.. ko perlu tau bila masa ko perlu manja, bila masa ko perlu berdikari.. jgn over excited dgn satu2 situasi..

smpai bila2 pun kita akan sentiasa dlm proses mengenali antara satu sama lain walaupun kita dah kawin dgn dia nnti.. dr itu perkara2 yg mcm nie harus diselesaikan atau diuraikan dr sekarang supaya masa akan datang dpt membantu kita untuk hadapi masalah lain.. lau base kita dh kukuh, insyaAllah, apa jua kekurangan, kelemahan, teguran kita akan lebih bersedia tuk terima..

love hurts sometimes!