Rabu, 5 September 2012

Monsoon

Bila sebut monsoon je mesti orang akan terbayang kan hujan..lebat. Tapi bagi aku, aku terbayangkan suasana yang sejuk..dingin dan damai. Aku suka bila monsoon tiba. Aku gembira sebab kalau hari biasa aku rasa cuaca di Kuantan ni sangat panas.

Banyak kenangan yang indah-indah semasa musim monsoon ni dari aku kecil sampai la sekarang ni.Masa kecil dulu, selalunya monsoon ni jatuh pada musim cuti sekolah. Jadi aku dengan adik2 & abang2 aku pun di post oleh mak aku balik ke kampung aku dekat Kuantan jugak tapi dah pinggir bandar. Skang ni kampung aku tu sebelah je Bukit Gambang Resort.

Suasana kampung aku tu memang sangat damai dan sunyi. Dulu hanya nenek aku yang duduk disana. Kampung yang paling dekat pun lebih kurang 5 km dari situ. Sekeliling rumah nenek aku tu ada dusun durian, blakang rumah pulak pernah ada ladang tebu. Nenek aku sewakan tanah untuk sorang apek ni tanam tebu. Tasik pun ada. Kitorang selalu juga memancing kat sana. Betul2 blakang rumah je tasik tu. Luas tasik tu. Kadang2 naik takut jugak aku tgk. Macam2 fikir kot2 ada buaya ke  naga ke takat stakat hari ni alhamdulillah xpernah jumpa lagi.

 


Dulu kitorang ada rakit. Rakit tu la nenek dan abg2 aku gunakan untuk memancing kat tengah2 tasik. Bila musim hujan memang air naik la.Sampai melimpah ke sungai. Depan rumah nenek pun ada sungai. Sungai tu la sumber air kitorang. Kitorang mandi, basuh baju & lain2 smeua guna air sungai tu. Bila musim monsoon, sungai jadi dalam dan ikan2 dari tasik pun masuk dalam sungai. Masa tu la abg aku pasang jaring. Kadang2 menjala,banyak jugak ikan dapat. Musim ni memang meriah la ikan sungai, sampaikan nenek boleh buat ikan pekasam berbalang-balang. Sedapnya ikan pekasam nenek, makan pulak dengan gulai lemak dan sambal belacan ulam pucuk ubi. Fuhhhhhhhhh!! x sedar dunia la.
Berkelah kat sungai..best sangat2,nak2 bila ramai2

Ni la sungai nya, nama sungai ni Sungai Pohoi. Anak2 buah tengah buat terjun tarzan.

 
Hasil kampung kami. Masa ni musim durian dlm bulan 5 mcm tu.Belakang tu la tasik.Luas sangat.
 
 
Hari ni hujan renyai di Kuantan, sama seperti semalam, tapi bila tengah hari berhenti. Aku harap hujan renyai2 tu sampai ke malam. Biar sejuk sikit. Sekarang ni cuaca panas sgt. Almaklumla orang mengandung ni badan sentiasa panas. Kalau hujan kan sedap. Nyaman suasana.
 
Aku sentiasa menunggu musim ni. Bila tiba je semua kenangan zaman kecik tu menggamit kenangan. Rasa bahagia je. Nanti kalau kitorang balik kampung dan buat pesta menjala, aku update balik. X sabar rasanya.