Jumaat, 20 April 2007

Giler Stereng!!

Memang...

Memang aku gila nak memandu kereta masa ini. Semalam selepas habis jam terakhir aku belajar memandu, aku rasa mahu saja terus memandu kereta cikgu ke pejabat. Walaupun cikgu aku mungkin membantah niat aku itu.

Minggu hadapan, aku akan menjalani ujian memandu. Hari Isnin ada pra-ujian dan ujian sebenar pula pada hari Rabu minggu yang sama.

Pagi ini bila aku masuk pejabat, seorang Doctor menegur aku;

Doctor : Macam mana dengan kelas memandu awak?

Aku : Seronok!!, Hari itu doctor ada suruh saya tanya berkenaan isteri doctor mahu belajar memandu bukan? Pak cik tu cakap dia tak ada kereta auto. Dia hanya ada kereta manual.Kalau doctor nak minta dia ajar, dia boleh ajar guna kereta doctor.

Doctor : Ye ke?? tak mahu la, nanti dia ajar isteri saya pukul 2 pagi.

Aku : Ha!! pukul 2 pagi? (aku tak faham)

Doctor : Ye la.. kena la belajar mase kereta tak ada(sibuk).

Aku : Oooo..( Baru aku faham, sebelum ini aku ada beritahunya yang aku mahu belajar memandu di jalan raya pada pukul 1 petang kerana ketika itu jalan tidak berapa sibuk. Sebelum ini aku belajar pada pukul 5 petang dan waktu itu kereta banyak dan lalulintas sibuk. Isterinya ada memerli aku, dia kata kalau mahu lalulintas tidak sibuk, mestilah memandu pada pukul 2 pagi.)

Doctor :Penat la kalau nak belajar pada pukul 2 pagi.

Aku : Doctor beli lah kereta baru utk isteri doctor. Nanti boleh la pak cik tu ajar.

Doctor : Saya pinjam kereta awak boleh?

Aku : Mana boleh, kereta saya manual.

Doctor : Apa lah kamu ni, orang sekarang mana ada yang pakai manual lagi. Semua dah pakai kereta auto. Senang.. tak payah lagi nak tukar2 gear.

Aku : Manual la best doctor. Baru la mencabar, boleh lumba2. hehehe

Doctor : Ooo.. awak eksen ek..

Minggu depan aku ingat nak bawak kereta aku tu berjalan2. Almaklum la gila stereng. Hahahahaha!!

Khamis, 12 April 2007

Rezeki


Dulu2 kalau aku keluar dengan mak aku dan terjumpa kawan2 lama dia, mereka selalu bertanya tentang berapa orang anak. Mak aku akan menjawap 10 org dan mereka akan membalas "ramainye! ".Mak aku akan tersenyum dan menjawap, rezeki tuhan nak bagi. :)

Hari ini, aku terserempak dengan kawan aku. Aku selalu bergurau sambil memanggil dia ibu kerana tahun lepas dia mengandung anak yang kedua.Kali ni aku pelik kerana perut dia membesar semula.Aku menegur dia..

Aku : Ibu..ibu..

Dia : Ye..(sambil tersenyum)

Aku : Eh..Ibu lagi ke?? (terkejut)

Dia :Aah..hehehe

Aku : Bukan ke tahun lepas akak baru bersalin?

Dia : Ye, yang ni yang terbaru (sambil senyum2 malu )

Aku :iye?? heheh dah berapa bulan kak? (sambil memegang perut dia)

Dia : Dah 6 bulan.

Aku : Yang ni yang no berapa kak?

Dia : Yang ni yang ke 3

Aku : Tahun lepas laki ke perempuan?

Dia : Perempuan, akak dia pun perempuan. Tapi yang ni tak tau lelaki ke perempuan.

Aku : Lelaki kot kak,heheh insyallah

Dia : Ye kot, hehe. Masa yang sulong nak dapat adik, 4 tahun baru dapat. Kali ni cepat pulak
jarak setahun je. hehehe

Aku : Dah rezeki kak :) ( aku mengulangi ayat mak aku dulu )

Aku dan Lesen P Kereta

Free Image Hosting at www.ImageShack.usLetih betul aku memikirkan lesen P aku yang x siap2 lagi ni. Kenapa la susah sangat ye? Kereta dah ada tapi bawaknya tidak. Ishh...

Semalam aku telepon pakcik sekolah memandu yang sepatutnya mengajar aku Ahad lepas.Ade jugak la aku marah2 sebab dia tak tunaikan janji dia nak ambil aku dekat rumah utk pergi belajar memandu. Abang Long aku dah perli2 aku sebab lesen x siap2, aku cuma mampu diam je la.

Jumaat ni aku mula belajar memandu pada jam yang pertama. Harap2 berjalan dengan lancar la.

Isnin, 9 April 2007

Aku dapat kakak ipar lagi..

Selamat pengantin baru pada ejak, yang sekarang ni dah jadi suami orang.Dulu kitorang panggil dia pecinta wanita sebab mase dia lom kawin dia jenis pantang nampak pompuan sikit, tak kira la anak orang ke, bini orang ke, nenek orang ke semua dia ngorat.

Dah kawin ni kena banyak la bersabar ye jek, semoga bahagia hingga akhir hayat :)