Jumaat, 20 April 2007

Giler Stereng!!

Memang...

Memang aku gila nak memandu kereta masa ini. Semalam selepas habis jam terakhir aku belajar memandu, aku rasa mahu saja terus memandu kereta cikgu ke pejabat. Walaupun cikgu aku mungkin membantah niat aku itu.

Minggu hadapan, aku akan menjalani ujian memandu. Hari Isnin ada pra-ujian dan ujian sebenar pula pada hari Rabu minggu yang sama.

Pagi ini bila aku masuk pejabat, seorang Doctor menegur aku;

Doctor : Macam mana dengan kelas memandu awak?

Aku : Seronok!!, Hari itu doctor ada suruh saya tanya berkenaan isteri doctor mahu belajar memandu bukan? Pak cik tu cakap dia tak ada kereta auto. Dia hanya ada kereta manual.Kalau doctor nak minta dia ajar, dia boleh ajar guna kereta doctor.

Doctor : Ye ke?? tak mahu la, nanti dia ajar isteri saya pukul 2 pagi.

Aku : Ha!! pukul 2 pagi? (aku tak faham)

Doctor : Ye la.. kena la belajar mase kereta tak ada(sibuk).

Aku : Oooo..( Baru aku faham, sebelum ini aku ada beritahunya yang aku mahu belajar memandu di jalan raya pada pukul 1 petang kerana ketika itu jalan tidak berapa sibuk. Sebelum ini aku belajar pada pukul 5 petang dan waktu itu kereta banyak dan lalulintas sibuk. Isterinya ada memerli aku, dia kata kalau mahu lalulintas tidak sibuk, mestilah memandu pada pukul 2 pagi.)

Doctor :Penat la kalau nak belajar pada pukul 2 pagi.

Aku : Doctor beli lah kereta baru utk isteri doctor. Nanti boleh la pak cik tu ajar.

Doctor : Saya pinjam kereta awak boleh?

Aku : Mana boleh, kereta saya manual.

Doctor : Apa lah kamu ni, orang sekarang mana ada yang pakai manual lagi. Semua dah pakai kereta auto. Senang.. tak payah lagi nak tukar2 gear.

Aku : Manual la best doctor. Baru la mencabar, boleh lumba2. hehehe

Doctor : Ooo.. awak eksen ek..

Minggu depan aku ingat nak bawak kereta aku tu berjalan2. Almaklum la gila stereng. Hahahahaha!!

2 ulasan:

itot berkata...

eh jap konpis lak aku ti... kalu blajar memandu bukan sah-sah kene bawa manual ke? sebabnya masa test, semua pun manual kan? err ke dah berubah dah nijam?

maryati berkata...

kak itot..

memang belajar kereta manual lagi, tapi doctor ni dah ada lesen cuma dia dah lama tak memandu dan dia nak pakai kereta auto.Sebab tu dia nak belajar semula tetapi dengan kereta auto.