Sabtu, 15 Oktober 2011

Menghitung Hari Untuk Big Day !!




Salam..

Wooo hoo..lama x memblogkan diri..sedar2 dah bulan 10 and another 1 month until my wedding. Banyak lagi persiapan nak dibuat..wat checklist skit:

Catering : settled
Canopy : settled
Ujian Saringan : Settled
Tempahan goodies : Settled
Pelamin : Settled
Baju Nikah : x fitting lagi
Baju Sanding : x fitting lagi
Senarai Jemputan : Settled
Kad kahwin : Ujung Bulan ni siap
Pendaftaran kahwin : Minggu ni settle
Jemputan Tok Kadi : Minggu ni jugak
Hantaran : Barang dah beli cuma x gubah je lagi

Ehm..stakat ni tu je kot yang aku ingat,sape2 ada nak tambah2 leh la kasitau,kot2 la terlupa nak tulis kat sini.




kad kahwin nya x siap lagi. soft copy je ada dulu..ok la untuk kawan2 book tarikh siap2


Ohhh..berdebarnya..x sabar pun ada,hehehe..apa2 pun doa dari kalian semua bagi permudahkan majlis saya ini amat lah di alu2 kan..

XOXO!!

Rabu, 13 April 2011

Mee Tarik



Korang semua penah dengar ke mee tarik??
Aku pun 1st time dengar jumaat lepas..8/4/2011. Tu pun Puan Mona yang kenalkan. Macam biasa time rehat hari jumaat kan rehat panjang. Dari kul 12.15 sampai lah ke pukul 2.45. Jadi Puan Mona ni pun calling2 la aku ajak makan bersama2 kawan2. Yang peliknya nama makanan tu..

Mona : Mar..jom pi makan mee tarik nak kat Bukit Rangin??
Aku : Mee tarik??? (terus bayangkan teh tarik sedang di tarik tp mee yang keluar).
Ape ke bendanye tu??
Mona : Kalau nak tau jom la pergi. Leh lepak skali ngan Puan SI ngan Puan Syima and Mona (adik Mona pun nama Mona gak )
Aku : Ok la..

So aku pun pergi la ke tempat yang dimaksudkan..rupe2 rupenya aku dah pernah makan kat gerai tu. Kedai Nasi Ayam Taufiq Beijing rupanya. Masa aku sampai tu, aku tgk si Taufiq ni tengah menarik mee. Fuh..rasa mcm kat Beijing la plak. Utk pengetahuan korang yang x tau..si Taufiq ni muaalf. So masakan2 dia berunsurkan chinese food la. So tanpa membuang masa aku pun order la mee tarik sup 1.




Setelah agak lama menarik mee tu, inilah hasilnya..Mee tu fresh dia buat sendiri. Tu yang lama tu. Harga semangkuk rm 5.50. Rasanya sedap dan x pedas langsung.

So utk pedas aku pun pesan la cili potong ye..semangkuk ni habis ke aku sorang je.



Kusyuk adik mona ngan Kak SI kita menjamu selera


Kak Syima tengah komplen ape le tu..ke puji? Mona tu saja sengih2 sbb aku amik gamba dia

Overall best la..Tapi lepas ni aku nak try mee tarik kungfu dia plak.. Sapa2 nak mencuba boleh la datang ke Gerai Taufiq Beijing ni. Landmark dia betul2 sebelah Masjid Sungai Isap yang tepi highway tu. Selamat mencuba

Rabu, 6 April 2011

Just Go With It


Isnin malam baru ni aku ada pergi menonton cerita ni dengan Kak Azanti di East Coast Mall. OK la cerita ni. Kelakar dan sgt santai. Adam Sandler memang setakat ni x pernah mengecewakan aku dengan watak2 yang di bawa. Start from Water Boy sampai la cerita ini mmg yang terbaik. Kalau korang tgk cerita ni, Jen di gambarkan sebagai seorang wanita yang sudah berumur tetapi selepas korang tgk di pertengahan cerita korang boleh simpulkan bahawa dia seorang wanita yang berumur tetapi masih lagi hot. Hingga kan watak Palmer (Brooklyn Decker) yang seksi dan muda agak tenggelam selepas Katherine (Jennifer Aniston) di make over kan. Kalau korang nak tau kenapa dia di make over kan? Sila la pergi menonton di pawagam2 berdekatan. Tapi jgn la bawak budak2 yang baru nak membesar tu ye. Sangat tidak sesuai. Btw rasanya cite ni 18 sx kot. Ok la.. selamat menonton

Selasa, 5 April 2011

Mango Passion

Hai semua.. Hari ni nak kongsi skit beberapa beauty tips yang sy selalu guna. Walaupun sy ni xla jelita pun cuma mana la tau kot2 ilmu melawa ni boleh di guna pakai utk org lain.

Baru2 ni ada beli lipstik jenama Za. Warna ni memang dari dulu cari dan akhirnya jumpa juga. Lipstik yang saya maksudkan ialah Za Pure Shine Lips OR2 Mango Passion

Ni dia lipstick yang di sebutkan..murah je harganya Rm27.00



Warna dia mmg ke jingga dah nama mango kan..

Celebrity yang pernah memakai warna lipstick ini ..

Kate Hudson

Reese Witherspoon

Katy Perry

.
.
.



Ok ni adalah hasilnya..mmg warna dia x menyerlah sgt so sgt sesuai utk org yg pakai tudung mcm aku. Btw..warna macam ni nampak kita lagi muda. :)

Alang2 dah pakai lipstik Za tu, aku pun bukak la website dia kat sini ada beauty tips. So kat sini kita share 30 beauty tips for business scene.

Apa lagi akak2 kat opis tu.. practice2 la tips ni.

Khamis, 31 Mac 2011

Kenduri Syok Sendiri

27 March baru ni anak sepupu aku kawin. Kira pangkat anak buah la pada aku. Kat kg aku yang kat Rawang tu. Rawang ni belah ayah aku. Kg Sungai Choh namanya. Meriah sgt sbb mlm akad nikah tu siap ada bungai api bagai. Sesi sup tulang pun ada tp aku x pergi sbb penat sgt mlm tu br sampai rawang sabtu tu.

Sampai2 harus amik dulu gamba sekeping 2. Ni anak2 dara Cik Ma yang 2 sudah disunting, lg 2 masih available...nampak? teknik penyamaran aku menjadi. Nampak kurus di situ.

ok..gamba ni x best sbb nampak muka aku penyek di situ.

Mak aku ngan Mak Ngah aku. Sib baik dia ingat aku. Mak Ngah ni kakak arwah ayah aku yang no 2. Yang kawin ni kiranya cucu dia la.

Pas makan kenduri kita bantai plak desert dia..Cendol buatan sendiri. Sedap! panas2 makan cendol kan..nikmat. Anak buah aku tu ngada..nak control2 plak gamba ngan makcik dia yang dah serupa apa tah.

Abg Long aku ni mcm bapak pengantin plak pakai merah.

Pandai akak ipa aku kenenkan anak dara dia kat hensem boy ni.

Ops..sejak bila aku pandai menternak jerawat batu ni?

Lepas pekena cendol, yang lain pergi amik gamba kat pelamin. Aku masa ni pergi rumah sedara aku yang betul2 sebelah rumah pengantin ni.

Adik Asyfa jd model pampers..

pose ala2 pengantin..kelass

geng junior

oh..jgn salah faham ye, dia bukan pengantin tetapi gayanye mcm dah boleh nikah trus.

Ummi nazreen kata nazreen nangis sbb ingat pelamin tu utk sunat. So bila nazreen sunat nnt harus la ada pelamin.

Last but not least ..Harus ada gamba Mem besar kat pelamin. Boleh di tunjuk pada geng marhaban.


Ok yang baju merah2 tu..(kecuali yg pose senget2 tu) adalah sepupu@ajk kenduri kawin ni. Terima kasih la melayan kitorang yg jauh dtg dr Kuantan ni ye.

See?? betul x aku ckp kenduri syok sendiri?? gamba pengantinnye langsung xde,ahaks..kitorang plak lebih2 amik gambar bagai kan. Nak wat camne, pengantinnye lambat benor nak keluar. Kitorang plak nak balik dah sbb perjalanan agak jauh + nak singgah Jalan TAR plak. Ape2 pun aku sgt puji masakan dia. Sedap..ikut hati nak tapau tp segan la plak.hehehe.

Kucai dah kawin


Tahniah buat Kucai dan isterinya Maya. Selamat pengantin baru le.. Makanan kenduri ko aritu mmg sedappp. Rasa nak tambah tapi ku tahan sbb diet. Nak sign buku ko pun x dapat sbb entah pergi kemana tah buku guest ko tu.

Apa2 pun semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga ye. Doa kan utk aku skali tau, leh merasa ko dtg kenduri aku plak.. :)

Senarai Kepam

Kali ni aku nak cerita kan aktiviti kepam aku yg belansung sepanjang 2011.

Besday Nazreen Yusof & Nur Ayrissa


Budak comel 2 org ni sambut besday sama bulan, Ayriss 6 Feb Nazreen pulak 28 Feb. So kitorang decided buat hari yg sama iaitu 27 Feb sbb abg sulong aku dah nak pergi Kl esoknya.




Nampak?..baju superman ngan batman tu. Hadiah harijadi tapi pakai trus.. Br nampak ala2 party costume. Ayrissa tu mula2 kitorang nak belikan dia dress baru nampak gigirl skit. Skali dia x nak, dia nak baju batman sbb boleh terbang2. Lantak ko la mek..asal bahagia. hehe


Sama2 tarik nafas nak tiup lilin..


Percubaan x berjaya, Ayrissa sempat pose lagik sementara Nadzreen buat percubaan kali ke-2


Ok.. dah padam lilin, masa utk potong kek dengan Kakak Dida

Nadzreen make over..

Mamat ni rambut dah panjang, kerinting plak tu. So abah ngan umi dia pun nak bawak la dia pergi gunting rambut. Tapi abah dia takut dia menangis..so aku cadangkan dia pergi dengan aku dan ditemani Kak Dida dia. Alhamdulillah dia x menangis..

Ummi dia kata ramai org ingat dia pompuan..so kena la potong rambut bg nampak maskulin skit, sempat lagi pose peace..tapi pelik jarinya lain.

Sib baik ada Kak Dida. Kalau x meraung dah rasanye. Ditambah plak anak tokey kedai tu comel..seksi..so budak ni mmg pantang le tgk pompuan lawa.

See??.. sangat baik..

Okeh..dah siap, sedia utk di book utk Majalah Maskulin akan datang.




Rabu, 30 Mac 2011

MERONG MAHAWANGSA




Ye.. aku tau ramai dah tgk cite tu. Tapi aku nak share jugak pandangan aku pasal cite ni. Aku tgk cite ni pada 20 March lepas bersama2 ngan adik2 aku. Tq Atin sebab belanja ticket.

Atin yang bertudung (tukang sponsor ticket )

Bagi aku cite ni ok la. Tabik spring pada KRU team sbb berani keluar dr kepompong cite melayu yg asyik pasal chennta sajork. Cuma agak kurang berminat tentang suara pencerita dlm filem tu. Suara dia mengganggu sbb suara yang terlalu kuat dan jugak x berapa nak jelas. Kalau letak suara Rahim Razali pun lagi ok kot.

Watak2 dlm cite tu pun bagi aku ok. Putera Rom dia cute bangat! hehehe... Part paling sedih la bila laksamana China tu mati..woo berjujur air mata keluar. Ntah le, masa si Merong tu mati xde le plak rasa sedih. Tapi harus ku akui juga Stephen Rahman sgt handsome dlm cerita itu. Dan watak paling skit dlm filem tu ialah Embuk..x puas rasa nak tgk dia bersama Merong.


Apa2 pun tahniah di ucapkan pada KRU team. Semoga diorang terus sukses memberi yang terbaik pada penggemar filem.

Assalamualaikum...



Jawap..x jawap dosa..

Pe kaba semua? Gila lama x update blog. Oh..btw selamat tahun baru (lambat benor wish!!) . Skang ni aku dah berada di tempat kerja baru. Mula August tahun lepas. Banyak nak cita tp x sempat pun nak tulis kat sini. Tapi insyallah..starting from today, aku akan cuba up date sebanyak dan sekerap yang mungkin ye..

Terima la gambar terbaru aku..