Khamis, 12 April 2007

Rezeki


Dulu2 kalau aku keluar dengan mak aku dan terjumpa kawan2 lama dia, mereka selalu bertanya tentang berapa orang anak. Mak aku akan menjawap 10 org dan mereka akan membalas "ramainye! ".Mak aku akan tersenyum dan menjawap, rezeki tuhan nak bagi. :)

Hari ini, aku terserempak dengan kawan aku. Aku selalu bergurau sambil memanggil dia ibu kerana tahun lepas dia mengandung anak yang kedua.Kali ni aku pelik kerana perut dia membesar semula.Aku menegur dia..

Aku : Ibu..ibu..

Dia : Ye..(sambil tersenyum)

Aku : Eh..Ibu lagi ke?? (terkejut)

Dia :Aah..hehehe

Aku : Bukan ke tahun lepas akak baru bersalin?

Dia : Ye, yang ni yang terbaru (sambil senyum2 malu )

Aku :iye?? heheh dah berapa bulan kak? (sambil memegang perut dia)

Dia : Dah 6 bulan.

Aku : Yang ni yang no berapa kak?

Dia : Yang ni yang ke 3

Aku : Tahun lepas laki ke perempuan?

Dia : Perempuan, akak dia pun perempuan. Tapi yang ni tak tau lelaki ke perempuan.

Aku : Lelaki kot kak,heheh insyallah

Dia : Ye kot, hehe. Masa yang sulong nak dapat adik, 4 tahun baru dapat. Kali ni cepat pulak
jarak setahun je. hehehe

Aku : Dah rezeki kak :) ( aku mengulangi ayat mak aku dulu )

Tiada ulasan: