Khamis, 31 Disember 2009

The Good Old Days..

19 December lepas..aku bertolak ke Bentong untuk berjumpa kawan2 lama yang dah dekat 11 tahun x jumpa. Dulu aku pernah bersekolah di Bentong masa umur 11 tahun sampai la 13 tahun. Banyak kenangan2 yang memang x kan aku lupakan sampai la skang ni.

Aku mula berpindah ke Bentong pada tahun 1996. Kami duduk di Taman Muhibbah Benus Bentong yang sekarang ni masih ada tp memang berubah dah, x macam 11 tahun dulu. Rumah2 pun dah makin besar. Murah rezeki jiran2 aku dulu merenovate rumah yang dah ala2 bangalow. Teringat dulu pagi2 dah bangun seawal pukul 6 nak naik bas pergi sekolah. Bas amik kul 6.30. Gelap lagi masa tu. Padahal sekolah bukannye jauh pun dari rumah. Tapi sebab parents aku pun sibuk pagi2 nak bukak kantin kat kilang, terpaksa la kitorang naik bas. Tu satu hal..satu hal lagi terpaksa la berebut sbb budak2 tu jahat perangai, jenis x share, sorang duduk kerusi yang boleh duduk 2 org. Mula2 aku terkejut gak ngan perangai diorang, tapi lama2 aku dah leh terima.So utk mengelakkan x dpt tempat duduk, jd pagi2 lagi dah bgn awal n naik awal.

Kalau weekend or cuti sekolah, mak aku sll upah kitorang kerja kat kantin. RM10 mak bagi sehari, pastu yang best nye, petang2 pas abis meniaga, kitorng pergi beli barang n mase time tu aku ni mmg dari kecik jenis kuat makan, sebelah kedai mak aku beli barang tu ade kedai mamak. Mee goreng dia mmg marvelous betul. So leh ckp tiap2 petang le aku beli. Hasil dr duit upah tu la. Hahahahha..mcm mana la x gemok?? So aku pergi balik kedai tu baru2 ni ngan kawan aku tu, aku try balik mee grg dia. Perghhhhhhhhh..mmg x berubah, rasa dia semua. Memamg mase makan tu teringat balik la zaman dulu..huhuhuh terharu.


mee grg mamak yang best di dunia


Atikah ngah syok pekena roti telo

Masuk sekolah menengah aku dah x naik bas dah sbb sekolah mmg dekat ngan rumah. So jalan kaki la. Kalau balik mmg best sbb balik lewat skit dan selalu jalan berkawan2 ngan Atikah & Ina. Kawan aku ni best sbb dia ni sll ajak aku lepak rumah dia. Lepak study ( study la konon..)kat rumah dia. Mak dia pun baik, sll belikan dia majalah Galaxi yang mase tu mmg menjadi trend remaja cam kitorang ni. Masa tu memang gile kat Backstreet Boys. Hahahaha, ingat laki mase besday aku yang ke 13, akak aku time tu belajar kat KL, dia hadiahkan aku gambar Nick Carter yang dah siap di laminate dah. Aku pun ngan bangganye duk tunjuk kat budak2 kelas aku. Semua kagum, bangga giler time tu, hahahahah. Ina plak, mak dia pandai jahit. Dulu aku mintak mak dia jahitkan tudung sekolah aku. Memang cantik la. Ingat baru nak jumpa dia dan mak dia, tapi dia xde sbb kerja dan Mak dia plak dah selamat kembali ke rahmatullah. Semoga roh mak dia dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang2 yg solehah. Amin...


Senyummm..


Dlm kelas lama..form 1


Sekolah lama ku..

Masa jumpa balik baru2 ni, Aku jumpa semula kawan2 yang lain. Yang satu kelas. Thanks semua kat Uteh, Farah, Izyan dan Tikah. Seronok sgt dpt jumpa diorang walaupun aku kadang2 x tau nak ckp ape sbb dah lama sgt x jumpa.Tapi seronok bila teringat balik kawan2 lama, cikgu2 mana yang lawak dan mana yang memboringkan.Kawan aku tikah ni ckp, dulu aku selalu nyanyi lagu How do i life dari Lee Ann Rimes. Aku dah lupa gak sebenarnye. Huduh betul perangai suka nyanyi dlm kelas. Tapi terharu gak bila dia ingat.hehehehh..

Sib baik kawan aku ni ada keta, so boleh la aku merendek ke tempat2 yang aku pernah pergi dulu. Sekolah2 aku dan tempat2 yang penuh memori. Utk kawan2 aku semua..thanks a lot. Utk Fauziana..maaf aku terlupa pada ko sekejap. Tapi aku hargai sgt ko jadi kawan aku. Nnt kita jumpa ek. Leh wat percutian sama2

Selasa, 15 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru aku ucapkan pada Tuweet dan Izah. Selamat dah korang jadi suami isteri ek..Aku doakan semoga kekal ke anak cucu..:)


Isnin, 7 Disember 2009

majlis merisik

Alhamdulillah semuanye berjalan lancar walaupun sehari sebelomnye ujan lebat dah telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Kuantan ni. Sib baik aku duk kat area yang agak tinggi. Malam sebelom majlis tu, Arif ada call tanya jalan naik air x. Sebab dia kata dia tengok tv jalan kat Kuantan naik air. Masa tu dia kat Keratong. Balik Kg. Aku pun menelefon Mona utk tanya kan pasal tu. Almaklumla Mona ni antena dia lagi tinggi dari satelit.Hehehe..jgn mara eek Mona. Dia pun mencadangkan aku menelefon balai polis Kuantan. Nasib baik le jln 2 yang akan Arif lalui utk ke rumah aku x ditutup. Alhamdulillah..

Hari majlisnya plak, dlm pukul 12 ngah hari tiba2 xde air. Aduhai..aku dah panik dah. Pihak lelaki nak dtg pkul 5 ni. Aku x masak la lagi sebabnye awal lagi nak dtg. Tapi aku pergi beli barang jugak. Dengan harapan ada la air nnt. Tup..tup..kul 2 air pun ada. Alhamdulillahhhhhhhhhhhh..so sempat le aku wat mee hun grg ngan popia utk hidangan diorang. Mula2 nak wat nasi Arab, tapi sebab diorang dtg petang jadinye terpaksa la buat minum petang aje.

Setelah mendapat persetujuan kedua belah pihak.. Manjis bertunang kami nnt akan diadakan pada bulan Febuari. Tapi tarikhnye akan diberitahu kemudian.

Ni ada la sekeping gamba masa sarung cincin. Tapi x bape clear sbb anak buah aku yg amik. Amik sekeping plak tu. Ada yang Arif amik tp x sempat pun nak mintak dia mms.Agak kelakar le sbbnye ada buai budak blakang tu.

Ahad, 25 Oktober 2009

Diam Ada Makna..

Aku dah lama x update blog. Entri last pun mase raya ke-2. Byk yang berlaku, tp sengaja aku x cite sbbnye ada sesuatu yang aku nnt kan nak cite. Mende ni kalau aku cite awal2 kang x jadi kang malu la plak, so bile dia dah jadi dan betul2 dilahirkan..baru la konpiden nak kasitau u olsss semua.

Kisahnye ialah...

Aku dah mendapat teman baru.hik hik..bunyi cam gatal je ek, tpnye xde gatal pun. Aku dah tukar keta baru. Memang xde dlm kepala hotak pun nak tukar selama ni sampai tiba la satu mlm. Malam tu la membuatkan aku nak tukar keta sbbnye keta lama aku tu rosak tiba2 dalam pukul 10 lebih. Masa tu aku baru balik kelas menari. Sib baik la dah dekat area rumah dia meragam. Pas settle tu abg aku duk nasihat suh tukar baru. Selama ni kalau rosak aku duk sayang2 lg. Tapi kali ni x leh dimaafkan lagi. So aku decide anta keta lama pi workshop dan mula la aku duk memikir nak beli keta baru.

Tapi dlm sonok2 nak dpt keta baru tu, aku telah dikencing tahap bacin oleh org workshop tu.Aku ni percaya la sbbnye org tu sll la aku anta keta. Tapi kali ni mmg teruk la sbbnye aku duk tanya budget bape, dia x bgtau2..last2 sampai 1 ribu aku kena. Aku mmg bengang giler. Xpe la, ko mkn la duit hasil tipu tu kan. Aku mmg bengang tp aku boleh sopan2 lg x maki org workshop tu. Abg aku pi tgk gak le. Tp mamat workshop tu berlagak cam profesional giler, sampai tiap kali abg aku duk tanye pasal keta aku dia leh ckp.. "Saya org teknikal xleh ganggu waktu kerja". Cam bagus je mamat tu. Kalau ikut abg aku tu dia nak tumbuk je mamat tu tp aku x kasi sbbnye malas nak kecoh2. Pastu masa baya tu mamat tu duk komplen2 ke aku dia kata abg aku cam gengster2 dan siap kasitau dia lagi gengster, pastu bile abg aku dtg x berani plak dia ckp ape2, siap sengih2 depan abg aku. Mamat tu mmg poyo la, kalau aku kasitau abg aku depan2 sah dah kena sedas dua. hehehe

Pasni aku mmg xkan dah pi servis kat situ. Siap aku bgtau kawan2 aku yg lain. Diorang pun perasan workshop tu wat servis makin mahal. Arif plak bgtau rupe2 nye workshop tu ngah banyak utang. Beli mesin2 kat workshop tu tp x bayar2 lagi.

So hari ini..aku telah sambar satu awek cun ni..



Saga BLM..Aku amik kaler baru ni, Blueberry tea..tomei x? hik..hik..hik..

PAs ni kena jaga elok2 la keta ni. Keta dulu keta lama aku x bape sgt nak faham,nak2 keta dah modified ni susah skit. Insyallah aku akan kembali aktif berblog semula, hehehe

Ahad, 20 September 2009

SELAMAT HARI RAYA



DARI KAMI SEKELUARGA

Khamis, 17 September 2009

Tag Puasa by Kak Sheila

5 perkara yang anda suka tentang bulan puasa?
- boleh balik awal, kul 4 da bleh balik
- boleh rasa air yang macam2 perisa
-Tiap2 ari dengar tazkirah
-terawikh
-jadi baik skit la..

5 perkara yang best masa bulan puasa?
- Byk sales time shoping
- Bazar ngan macam2 jenis makanan
- Macam2 jenis resepi aku wat
- Seronok bila duk cari2 barang2 nak raya ngan family
- Bos x marah2 sgt..

5 jenis makanan/minuman yang wajib ada masa buka puasa?
- Nasi...kalau makan mee ke ape ke yang lain, sure ngah malam2 kang cari nasikkkkk jugak.Kuih muih ni memang ditolak tepi.
- Air plak aku suka laici kang or soya. Tapi tahun ni aku asyik sakit tekak, so aku just byk minum air milo suam n air suam jek.
- Murtabak mmg akan jadi sedap bila time pose. Time x pose x tau la nape xde nafsu aku nak makan mende ni.
- Tahun ni aku byk masak ikan dari daging dan ayam sbbnye akak aku niaga bazar ayam berempah kan, so da naik takut aku tgk ayammm jek.
- Tahun ni aku minum air gas jugak. Tp pas buka pose la. Tp peberet aku ialah air 100 plus oren.


5 perkara yang wajib anda lakukan sebelum berpuasa?
- kalau sebelom bulan pose, aku akan berlatih pose sunat dulu, nak membiasa kan diri,heheh cam budak2 plak.
- Sebelom tido tu niat dulu
- Cek alarm. Aku kadang2 sahur kadang2 x sebabnye aku x tau la kadang2 bunyi alarm aku tu, kadang2 time dia bengong dia x bunyi, sedar2 aku dah dengar org azan subuh jek
- So supaya tidak la kelaparan sgt, aku pun makan lewat2 skit sebelom tido. So kalau telepas sahur pun ok lagi
- minum air masak banyak2 n makan ubat ke ape ke.

5 cerita best/tak best puasa anda?
- masuk tahun ni dah 7 tahun x leh berposa ngan Arwah Abah. Kalau x dulu, abah la org yang akan gerak kitorang semua bangun sahur. Abah memang xpenah miss sahur. Kul 4 dia da bangun gerak kitorang. Dia selalu puji mak masak. Time tu mak selalu wat nasi goreng time sahur. Memang bestttttt walaupun mak cuma letak lada, bawang putih ngan telor je.
- Sedih sebab ade miss x pi terawikh..
- Letih je selalu, tambah plak tahun ni x bape sihat
- Kuih raya x buat lagi ni!!!
- Aku x suka time pose ni aku selalu rasa sakit perut dan jugak rasa nak muntah

5 orang yg tepaksa bocorkan rahsia puasa dorang?
- sape2 je.. sebabnye dah nak raya ni, yehooooooooooooooo!!

Jumaat, 11 September 2009

Kenangan Puasa..

Em.. x sangka dah hari ke 21 kita berpuasa. Minggu depan dah raya. Sepanjang bulan pose ni alhamdulillah, byk aktiviti berfaedah aku ikuti kat opis ni. Setiap tengah hari ada tazkirah. Kami bergilir2 bg tazkirah sesama kami. Time zohor pulak berjemaah.

Rabu, 2 September 2009

Nasi Daun Pisang

Semalam.. 1/9/2009 mak aku ajak pi buka pose kat Alif Curry House. Dia nak pekena nasi daun pisang kat restoren tu yang memang kegemaran dia. Aku pun kasitau sama kakak aku yang masa tu tengah kat bazar meniaga. Dia ok je. Tapi kitorang pergi lepas maghrib sebab kalau pi awal2 pun org ramai. Mesti meja penuh.Kakak aku pun mesti x sempat nak kemas2 barang2 niaga lagi so aku beli murtabak n buat air teh o utk buke dulu. So pas akak aku balik, kitorang pun bersiap2 la utk sapadekkkk..

Sampai sana org dah xde, ada la dlm 2 org je customer. Kami sampai tu dlm pukul 8.15 pm. Kakak aku order kari kepala ikan merah. Adik2 aku plak sibuk order ayam goreng, pelik aku, dah la tiap2 ari jual ayam goreng, xkan le x puas2 lagi adik2 aku tu.Tapi betul jugak sbb kitorang x sempat pun nak rasa ayam goreng kitorang tu. Aku oder tandori satu. Kasi masam2 skit baru best.








Pas makanan sampai tu kitorang pun santap la, kenyang dan puas hati walaupun agak lambat skit. Kari dia mmg kawwwww punya la. Aku suka. Adik aku yang bongsu tu pas abis makan nasi tu boleh plak dia mintak megi goreng, gilaksss betul. Badan je kurus tp selera makan cam singa,hehehe.

Selasa, 1 September 2009

weekend baru ni..

Puasa mengajar erti sabar. Satu hari tu aku x bangun sahur. Sedar2 dah azan subuh. Pagi nya dalam pukul 8 lebih aku bertolak ke pasar beli barang utk niaga. Kakak aku x berapa sihat. So aku dan adik aku pi beli barang. Hari tu letihhhhhhhhhh sgt2, Aku menepek cam budak 5 tahun baru nak belajar pose.Seriussssssss x larat. Tapi alhamdulillah aku berjaya abiskan pose. Malu la kalau x pose.

Sok harinye aku bangun ngan jayanye bersahur. Siap bakar ayam dalam microwave,huhhuhuh. Pas makan2 minum air 100 plus utk kasi tenaga. Esoknya aku berjaya puasa tanpa letih dan jualan pun sold out. Hari ni di upgradekan kepada 30 ekor ayam dan 2 dapur utk menggoreng ayam. Sebelum ni 1 dapur je. Lambat, cian customer terpaksa tunggu.

Semalam, sebab aku bertenaga, pas je buke minum air dan mkn kuih..aku siap2 mandi solat then terus kuar pi Kuantan Parade ngan Arif. Dia ajak pi mkn satay Zul dan beli barang skit kat The Store. Pas cari barang2 dapur, aku ajak dia pi singgah kedai mas jap. Agak lama la kitorang kat situ. Last2 aku amik sebentuk cincin. Simple je cincin tu. Utk pakai2 blasah.



Pas tu..kami pun pi Satay Zul, tp malangnya tutup plak Satay Zul ari tu. Cedih aku, kempunan nak mkn satay. Kawan Arif ade kerja kat situ, so dia ingat nak jumpa la skali, tp sebab dah tutup..so kami pun makan kat Midnite food court dekat area Kubang Buaya. Sampai sana aku order makan, Arif minum je. Aku makan nasi ikan masak pedas. Sedapp.. Nasi putih pastu ade Ikan tenggiri goreng berlada. Perghhhh...mmg terangkat.

Pas makan2 tu kawan Arif tu pun datang, pas sembang2 kitorang pun balik. Arif pun dah ngantuk ngan letih sbbnye dia baru balik dari kampung. Sampai2 kat rumah abanglong aku ada. Kecut perut da ni, sebab agak lewat le aku balik. Sampai2 dia duk tanye pi mana. Aku jawap pi beli barang skit ngan pi beli cincin. Abg aku tu terkejut, terus dok tanya, cincin utk tunang ke??? Aku ckp x, sbb ni mmg cincin aku sendiri. Duit kumpul2. Sib baik dia x marah.Cuma dia tanya je bila nak tunang?? Aku jawap entah je. Sebabnya dia x tau pun aku ngan Arif rancang x nak tunang nak terus kawin je. Tapi x tau la famili aku ni setuju ke x. Harap2 diorang setuju la..

Isnin, 24 Ogos 2009

Bisnes Bulan Ramadhan




Bulan posa ni aku x hanya berposa. Tapi aku telah menolong kakak aku yang meniaga di bazar ramadhan. Kitorang jual Nasi Ayam ngan Nasi Kukus Ayam Berempah. Nasi Ayam harga RM 3.50. Nasi Kukus Ayam Rempah pulak RM 5.00. Hari pertama jualan kami sold out. Hari kedua pun macam tu jugak. Alhamdulillah...

Sape2 yang nak rasa Nasi Ayam n Nasi Kukus Ayam Berempah kami boleh la datang ke Bazar Ramadhan Pasdec Indera Mahkota 2. Betul2 seberang surau KRT Indera Mahkota 2.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Aku malu ngan orang macam ni..

Semalam..aku pi tgk cite Up ngan Arif. So pas Arif abis kerja dia terus amik aku kat rumah around kul 6.20 pm sbb nye cite tu stat kul 8.30. Arif pun tanpa pulang ke rumah terus je menonong ngan aku ke Mega Mall.

Pas beli tiket n cari pen kat popular, kami pi la makan kat satu restoran ni. Sampai2 tu x ramai sgt org. Aku pun pilih tempat. Skali aku nampak la somebody yg memang aku kenal. Dia ni hubby pada sorang lecturer kat tempat aku kerja. Aku pun wat hal aku..kami pun order la makanan. Lepas tu lecturer tu pun datang le join makan ngan family dia. Aku kenal minah tu mmg agak2 baran la orgnye. Tapi aku biarkan aje. Harap2 dia xla buat hal kan..x terpikir pun sebenarnye.

Pas tu..agak lama la jugak aku menunggu makanan sampai. Skali aku dengar husband lecturer tu panggil waiter. Dia duk tanya mana lasagna yang dia pesan x sampai2. Pastu minah tu plak tiba2 melenting duk suh mintak kertas order tadi. Wahhhhhhhhhhhhh..minah tu dah stat nak wat drama plak kat situ. Aduhai..apesal la nak kecoh2. Malu kat org je. Org lain pun lambat gak sampai. Dia siap bangun jerit2 suh mintak panggil manager.. Perghh!! memang sebijik la drama. Aku rasa dia dulu nak jadi pelakon tapi x kesampaian la rasanye.

Manager pun kuar, duk tanya2.. Aku memang dengar jelas sbbnye aku duk blakang dia dan kaunter makanan tu betul2 blakang meja kitorang. Dia bising2..duk x abis2 cakap pasal lambat dan bagitua dari petang duk tunggu. Semua dlm restoren tu duk pandang dia. Malu aku ngan customer2 chinese yang ade kat situ. Minah tu dari pakaian mmg muslimah sungguh. Tudung labuh sgt. Tapi..ishhhhhhhh.. Bagi aku la, bila ko dah pakai camtu, kasi la orang respek skit. Ini suara pun dah cam singa. Maki2 org. Aduh..ape la agaknye tanggapan org bukan islam tgk org islam macam tu. Aku malu, seriusssssss aku malu sbb aku ni Islam dan jugak aku pakai tudung dan tudung aku singkat skit je dari dia. Dalam2 dia marah tu dia leh cakap, dia x nak bayar. Terus dia bebel2 dan cakap.. " U nak suruh i tunggu bape lama?? dah maghrib ni, i nak solat!!". Lagi skali aku malu sbb nye cara dia ckp tu macam dia sorang je solat. Orang2 kat dlm ni semua x solat ke?? Geram je nak ckp kat dia suh mengucap skit. Husband dia pun sama naik ngikut dia je. Pas dia bla tu mmg rasa aman restorant tu.

Kalau tanye aku sape salah, dua2 mmg salah. Restorant tu lambat dan minah tu yang xde rasa sabar langsung. Aku kecian kat sorang waiter melayu ni. Sebab dia sorang je melayu dan pekerja2 lain semuanye Nepal. Kesian tau. Aku tau la perasaan bila jadi pelayan. Dan di marah cam sial camtu. Xpe la.. Orang camni kalau dia x dapat balasan skang, sok kat akhirat ko jawap la. Mamat waiter tu duk minta maaf kat aku pasal kekecohan tu. Aku ckp xpe je. Arif duk remind2 aku. Dia kata jgn duk ikut perangai camtu. Huhhhh..x hingin pun aku nak ikut. Malu diri sendiri je nnt.

Pas makan, Arif pi solat. Aku xleh sbb bulan mengambang. Pas selesai menjalankan tanggungjawap. Kami pun pi tgk cite Up tu. Sib baik cite tu best dan kelakor dan jugak comellllllllllllll sgt2 budak tu. Terubat la skit..Ape2 pun, korang semua jgn la ikut perangai minah tu. Aku mengingatkan bukan utk korang je, tapi untuk aku jugak. SELAMAT BERPUASA!!

Rabu, 19 Ogos 2009

Trip Ke Kelantan

7/8/2009
Ke Kelantan bersama akak n adik2 aku untuk membeli barang2 utk bisness. Pukul 7. 30 kami bertolak dari rumah dan ke rumah abglong utk menukar kereta. Kami singgah di Tanjung Api untuk sarapan pagi. Aku mkn mee celup sebabnye aku mmg suka sgt rasa mee celup tu.


warung yang kitorang serbu


mee celup ku

Lepas sarapan, kitorang pun menyambung perjalanan. Sampai kat Kerteh driver tukar. Aku plak drive sbb kakak aku dah mengantuk. So aku drive sampai la ke Kota Bharu. Mula2 kami sesat, rumah tumpangan kami di Pasir Hor, tapi sesat sampai ke Pintu Geng. Sib baik la tuan rumah willing nak menjemput kami dan tunjukkan jalan. Tuan rumah tu nama dia Kak La. Orang nya bertudung labuh dan sangat baik. Ramah tamah sgt dan sempat bawak aku pi beli lunch. Tp Kelantan ari Jumaat mmg macam dilanda garuda. Sunyi skit sbb org sibuk pi solat jumaat. Kedai2 makan semua tutup. Adik laki aku tu sibuk sgt nak makan nasi kukus Kota Bharu. Tapi x kesampaian sbb semua kedai nasi kukus tutup. Sib baik la ada 1 kedai ni bukak. Aku beli nasi putih ngan sup perut. Pastu ade pasar mlm mase tu. Tapi cuma gerai ayam percik je baru bukak. Aku pun beli la ayam tu. Sampai2 kat rumah, Kak La ofer budu ngan ikan rebus. Kitorang on je sbb memang feberet pun dan time tu memang sgt lapar. Yela kitorang lunch kul 3 ptg..


Rumah Tumpangan Samaza Inn


Our room


Kitchen


So..pas lunch kitorang rehat2 sampai la kul 6 kitorang keluar utk ke Wakaf Che Yeh. Syok sebab kat sana aku borang2 tudung utk di jual. Adik laki aku usha2 jersi bola. Pas lama bershoping lapar tahap gaban dan. So pas tanye sorang brader kat situ katne makan best, kitorang pun pergi la makan gerai asam perut. Ingatkan perut bakar cicah air asam, rupe2nye dia macam sup perut tp masam dan pedas kawwwwwww punya. I loikeeeeeee..


Geng2 sedang menuju puncak!!

Kedai tudung

Bisnes tawar menawar sedang dijalankan

yo yo o.. aje

Masa utk mencekik

Posing harus ada

Pas makan kitorang pun balik dan pas tgk barang2 belian, kitorang pun tidooo. Aku yang paling awal tido. Sedar2 org dah azan subuh.

8/8/2009
8.00 am aku pi beli sarapan yang betul2 dekat ngan rumah tu. Aku beli nasi kerabu ayam bakar madu dan nasi berlauk ayam bakar madu. Best sgt2. So lepas dah mencekik, akak aku pun kerahkan adik2 aku kemas2 barang utk check out dan ke destinasi seterusnya iaitu Rantau Panjang.

Akak gerai yang sgt bz melayan customer


Ayam madu bakar yang besttt..

Perjalanan ke rantau panjang sgt mencabar kesabaran aku. Jalan kecik, tp keliling mmg cun sgt. Sawah padi terbentang luas, dan rumah2 kampung tp tahap bungalow punyaaaaa... Pergh, aku sgt kagum.

Sampi sana, mmg ramai la yang bawak motor tp plat Siam. Aku pun mengasah2 longat Kelantan skit dan skill menawar aku yang mmg aku warisi dari mak aku. Perghhhhhhhhh..macam nak gile shoping kat sini beb. Aku rase x nak balik. Murah2 dan boleh tawar lagi. Akak aku telah bersekongkol ngan adik lelaki aku beli jersi bola n jersi rugby utk market kawan2 adik laki aku ni. Aku plak kat sini beli barang2 sendiri je. Ada la aku belikan barang2 pesanan kawan2 opis dan sehelai T-shirt rugby utk Arif.

Rantau Panjang


Memulakan perjalanan


Urusan beli di kedai jersi

Adik ku yang posing maut ngan spec Prada siamnye

Jammed mase on da way kuar


Bye..bye rantau panjang, nnt mari lagi deh!!

Kitorang siap bershoping dlm kul 12 tengah hari. Sib baik la kitorang dah balik tu org baru datang. So x la sesak sgt. Cuma x puas hati sbbnye x semua kedai aku sempat nak pi menjelajah. Lepas tu adik2 aku dah memberontak nak lunch. So kitorang pun singgah la 1 restoran ni dan makan sup perut lagi. Tp sangat puas hati sbb murah dan sodap!!


blakang tu sawah


x sabar tunggu makanan


x pandang kiri kanan dah..

Lepas makan2, kitorang pun memulakan perjalanan balik..Sampai kat Pantai Batu Burok Terengganu aku pun ajak adik2 pi minum petang. Sebab agak ngantuk dan lapar. Kat sini kitorang santap sotong celup tepung, ikan celup tepung, keropok leko n air kelapa.


Pantai Batu Burok

Sotong celup tepung yg sodap!!

Ikan celup tepung yang segar

Kopok lekor yang agak mahal


Akak aku kemalu-maluan


Semua penat tp pueh hati

Setelah buat post mortem ngan akak aku, kitorang decide nak pergi lagi nnt. Insyallah..Ape2 pun sepanjang kat Kelantan, aku sgt2 rindu pada 2 org anak buah aku ni..

Kak Dida n Najering..

Khamis, 6 Ogos 2009

On vacation.. lagi

Guys..mulai esok 7 August 2009 sampai 10 August 2009 aku akan bercuti dan akan ke Kelantan. Doa kan perjalan aku selamat sampai dan balik semula ke Kuantan ye..C..ya..!!

Selasa, 4 Ogos 2009

Kak Zanti ..


Lama dah rasanye aku tinggalkan zaman aku satu rumah dengan dia dulu. Zaman tu memang best sangat. Banyak perkara aku belajar dari dia dan dia belajar dari aku. Kak Zanti aku kenal dia sgt protokol skit orgnya. Sangat la menepati masa. Sangat la disiplin. dan byk lagi la.. Aku plak jenis yang x kisah..ikut je..dan x sangat2 disiplin la.

Dia suka tengok wayang. Aku pun jadi kaki wayang sebabnya aku dulu selalu teman dia tengok wayang la. Dia suka cerita ganas2 la, maksud aku action2 movie. Kalau cite tangkap leleh mmg dia x layan dan dia akan tido. Aku plak..semua aku layan cuma jangan cite Prof. A. Razak Mohideen sudey..

Dia makan yang basic2 je.. Ayam, sayur, ikan. Tapi sejak kitorang satu rumah dia dah mula berjinak2 dengan makanan yang aku makan yang ada ala2 pelik2 la . Dia x mkn jering tapi aku pernah masak sambal jering dan dia mkn. Lepas je tu esoknye dia ajak aku pi pasar malam cari jering semai utk buat sambal. Hehehe..byk betul pengalaman dengan dia dan Kak Syikin. Dulu aku ngan dia bila time bulan posa kitorang selalu ade jemputan buka pose kat rumah kawan2 lain. Aku pernah buat temosa dengan dia sambil tengok cite tamil..ooohhh.. manis sungguh saat itu sebab ada satu adegan cite tu yang aku ingat sampai sekarang..

Tahun depan kemungkinan dia akan sambung Phd kat luar negara..Kali ni maybe 3-4 years. I'll miss u kak. Harap akak berjaya dan jumpa jodoh kat sana ye..hehehe, amin...