Hari ni..pagi2 lagi aku dah ke JPJ..tukarkan lesen memandu percubaan aku kepada lesen memandu penuh.
Tapi sampai2 je dah kena marah dengan mamat JPJ ni. Dia marah sbb aku pi parking dekat tempat kakitangan. Mana le aku..dah nama 1st time kan. Dah la nada suara cam bagus jek. Xpe la yang penting aku dah settlekan kerja aku dan alhamdulillah la xde la sesak pun. Xde org nak renew lesen pagi2 ni. Petang mungkin ramai kot.
Apa2 pun..cam x caya je aku dah ade lesen memandu penuh. Sampai2 je kat opis aku terus tanggalkan sticker P tu dari keta aku. Teringat balik semua kenangan semasa baru2 je belajar memandu dan pertama kali bawak keta sorang2 ke opis. Kering tekak aku ko..punye la berdebar. Lalu highway lak tu yang banyak lori2 besar2. Alhamdulillah xde ape2.
Balik ni aku nak tayangkan lesen memandu aku ni kat kakak aku. Kasi dia jeles skit sbb dia belom habis P lagi. Hahahahahaha..
2 ulasan:
best best..
bila akak nak start drive ni??
P dah ada tapi cik abe tu lom kasi lesen utk drive kete dai lak...
beli keta sendiri aa kak, syok drive ni..leh suka2 benti..suka2 tekan minyak..hehehe
Catat Ulasan