Rabu, 3 Jun 2009

Masak ape ??

Masa aku di KL baru2 ni...aku ada la masak kat rumah kakak aku. Teringin nak cuba macaroni goreng tuna yang aku pernah makan mase aku duk rumah bujang dulu. Housemate aku yang ajar. Sedap sangat. Korang kalau yang dah bosan makan daging2 bagai tu..boleh la cuba resepi aku ni. Rasenye budak2 pun suka..


Bahan2:

- macaroni
- bawang putih
- minyak zaiton (nak guna minyak biasa pun xpe)
- cili kecik (xnak pun xpe, ni akak aku yang suh, dia nak pedas2)
- cili tuna dlm tin ( boleh di beli kat kedai runcit mana2 )
- oregano ( xletak pun xpe)
- garam

Cara2:

- mula2 rebus macaroni bersama setengah sudu minyak zaiton sehingga lembut.
- Angkat dan toskan

- tumis bawang putih bersama minyak zaiton
- masukkan cili kecik
- masukkan cili tuna setelah bawang putih dan cili garing
- masukkan macaroni dan gaul serata.
- akhir sekali masukkan oregano dan juga garam seukup rasa.

- sedia utk di hidang


macaroni cili tuna

resipi kedua aku ni plak ialah filet ayam panggang. Aku wat ni saje2 nak makan ngan salad. Simple sgt dan akak aku suka. Meh aku kasi resipi.

Bahan2:

-Dada ayam
-Lada sulah
-garam
-oregano
-minyak zaiton

Cara2:

- belahkan dada ayam dan buat dia kasi nipis (kelar2)
- perapkan bersama oregano, garam dan lada sulah.
-panaskan non stick pan
-letak minyak zaiton (sikit je tau)
- letak ayam dan balik2 sampai masak

- Pas tu aku potong2 kecik supaya senang mkn ngan salad.


Fillet ayam panggang.

Salad tu plak aku just letak salad ngan mayo je. Selamat mencuba ek.. :)



2 ulasan:

sheila berkata...

ko masak pakai olive oil ni ke? gila mahal weih minyak tu..

rasa cam nak tibai je olive oil yg dah bertahun kat ofis ni...aci tak agak2nye???

maryati berkata...

aku pakai tu sbb mmg dah ade kat rumah akak aku tu, namun nye nak membeli..kim salam la kat tokey supermarket tu,heheheh..ala ko tibai je, pastu ko masak ko kasi le barang sebutir dua kat opismate ko kak sheila..