Selasa, 30 Disember 2008
Musim cuti..
Apa ek yang aku buat time cuti baru2 ni? em...cuti baru2 ni, aku telah pergi ke Temerloh. Kampung akak ipar aku. Family dia ada buat kenduri tahlil, so aku tidur la 1 malam kat sana. Seronok kat sana sebab kampung tu kat tebing sungai Pahang. Redup je... Malam2 tido sejuk. Ditambah pulak anak2 buah aku ramai kat sana. So semakin seronok la melayan kerenah diorang tu.
Hari Sabtu aku balik ke Kuantan semula sebab kakak aku dari kl balik kuantan hari tu. Keesokan harinya kami semua pergi berkelah di Pantai Sepat. Walaupun hujan lebat tapi kami pergi jugak dengan harapan hujan akan berhenti. Alhamdulillah..hujan berhenti jugak. Jadi kami pun main bola sepak. Seronok tendang2 bola sampai x perasan kaki aku luka. Pas habis main baru perasan. hehehe.
Pelik kan blog aku ni xde dah letak gamba2 aksi aku. Kalau korang nak tau aku dah tak ada camera fon. Nset aku yang lama tu aku tolak ke kedai sebabnye ada masalah teknikal. Sedih wooo mase nak tolak tu. Sib baik x nangis je aku. Ye la..nset tu byk sentimental value..uhuk..Sayang sangat2. So Nset aku sekarang ni cuma ada radio jek.
Takpe la..Insyallah kalau ada rezeki boleh beli yang lain. Yang lebih baik dari yang dulu. hehhe..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan