Selasa, 16 Disember 2008

2008 anime freak!!

Tak lama lagi nak masuk 2009 kan? 2008 pun tinggal beberapa minggu je lagi. Post kali ni saja nak kongsi dengan korang semua ape yang menjadi minat aku sepanjang 2008.

Anime

NANA

1. NANA ni cerita dia mengisahkan tentang 2 orang gadis jepun yang mempunyai nama yang sama iaitu NANA. Tapi watak mereka berbeza. Walaupun watak berbeza mereka mempunyai cita2 yang sama iaitu mereka pergi ke Tokyo untuk hidup bersama kekasih masing2. Cerita ni sangat menarik. Lagu2 pun best.

penyanyi dlm anime ni adalah..

Olivia Luftkin

Anna Tsuchiya

Cerita ni memang membuatkan aku sangat2 jatuh cinta pada anime. Sebelum tu aku dah jatuh cinta dah pada anime lain. Anime ni memang sangat2 comel. Anime itu adalah..


Honey & Clover :)

2. Anime ni pulak mengisahkan tentang pelajar2 university yang mengambil jurusan seni. Kisah tentang persahabatan dan juga percintaan. First time aku menangis tengok anime adalah tengok cite ni. Cerita ni semua ada. Sedih, gembira, syahdu..comel dan kelakar. Kalau korang rasa nak enjoy tgk katun, tgk la anime ni. Ala tengok je dekat you tube tu.

Macam biasa la anime ni mesti ada lagu2 kan. Lagu2 dlm cerita ni semuanya best2. Aku siap ada semua lagu dalam Honey & Clover I & II. Orang2 yang telah menyumbangkan lagu dlm cite ni ialah..

Spitz

Yuki


Suneohair


Daddy Long Legs



3. ..anime ni Kak Zaza yang perkenalkan pada aku. Aku maraton tengok cerita ni dari tahun lepas lagi sebab agak panjang jugak la cerita ni. Tapi memang berbaloi sangat sebab cerita ni memang menarik. Ia mengenai seorang gadis yang bernama Judy Abbot seorang anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah anak yatim. Judy bernasib baik kerana telah mendapat seorang ayah angkat yang menajanya di sekolah berasrama penuh. Judy tidak pernah berjumpa dengan ayah angkatnya itu tetapi selalu berutusan surat dengan nya. Cerita ini jadi lebih menarik disebabkan keletah Judy yang hyper dan selalu menimbulkan masalah sepanjang persekolahan nya.
Judy Abbot

Judy dengan roommate




Judy dan pakwenye..Jervis

Lagu2 dalam cerita ni aku tak tahu sangat penyanyi nya sebab cerita ni agak lama. Tapi memang seronok la layan cerita ni.. enjoy.

3 ulasan:

zatur rawihah kamaruzaman berkata...

"sebenarnya kita saling mencintai"- jervis (dlm siri alihbahasa 13 tahun dulu..wakakaka)

mia berkata...

Hahahahaha..tu time bile kak jaja? time yang dia kiss tu ek??

zatur rawihah kamaruzaman berkata...

a ahhh... hihhhihihiikk... gile2 nak tunggu rahsia sape 'ayah kaki panjang'... mmg best gilee... heeee..