Rabu, 26 November 2008
On vacation..
Saya akan bercuti ke Ipoh, Perlis ( maybe singgah Langkawi) dan Kuala Lumpur bermula esok 27 November sehingga 1 December 2008. Kak Sham dah siap2 pesan belikan jambu seed less. Insyallah ye Kak Sham..kau ingat2 kan la aku ye hari Ahad ni.
Doakan perjalan aku selamat pergi dan balik ye. Aloooohaa (ceh cam le pergi bercuti ke Hawai,kekekeke)
Selasa, 25 November 2008
Tak sihat..
Hari ni MC. Badan panas dan sakit tekak. Pagi tadi pukul 5 pagi aku bangun sebab rase sakit perut dan loya2. Ditambah pulak dengan PMS aku ni. Makin menjadi-jadi la. Pukul 9 pg aku bergerak ke klinik. Kali ni kalau doctor tak sebut nak bagi MC pun aku nak mintak sebab aku rasa x larat sgt. Nasib baik aku mintak dapat sebab doctor tu kenal dengan bos aku,kekekekkee.
Balik ke rumah, terus je aku tidur kat ruang tamu berhampiran katil mak aku. Memang tak sedar la. Sedar-sedar dah pukul 1 lebih. Ubat tak makan lagi ni. Selsema dan bersin pulak..Adui..
Macam mana la nak pergi Ipoh hari Khamis ni kalau tak sihat macam ni. Harap-harap sihat la. Jalan jauh ni kalau tak sihat memang la tak best. Hm..tapi aku memang dah biasa kalau hujung-hujung tahun ni kena demam macam ni. Demam mega sales la katakan, ahakcssssss!!
Isnin, 24 November 2008
Kak Syikin Wedding
Sabtu 22 November baru ni, kawan aku kak Syikin telah melangsungkan perkahwinan dengan buah hati pengarang jantung nya iaitu Fazna. Tahniah aku ucapkan pada dia sebab aku ni saksi percintaan agung diorang tu, heheh
Bersama pengantin
Agak memenatkan jugak la trip ke Kelantan kali ni. Mungkin sebab tak bermalam kat sana. Kalau ikutkan nak tidur 1 malam. Kak Syikin siap offer tidur rumah dia. Tapi di sebabkan Syed nak balik KL so x jadi la. Kami sampai di Kuantan kira-kira pukul 1.30 pagi. Penat..sampai sekarang terasa lagi. Tapi apa-apa pun, semoga Kak Syikin berkekalan sehingga ke anak cucu, cicit ..:)
Khamis, 20 November 2008
Siti Nurhaliza
Siti?? kenapa dengan Siti??.
Aku mimpi malam tadi yang Siti Nurhaliza mengandung. Muntah2 lagi. Lepas tu dia siap singgah dekat temerloh nak makan nasi berlauk satu gerai ni. Dalam mimpi aku tu, kononnya gerai tu sepupu sepapat dia yang punya. Em.. kalau dia betul2 mengandung bagus la. Tapi macam tadi la aku cakap..aku mimpi je..hehehe
Nikon D60
Hmm.. semalam masa lunch, Arif ajak pergi kedai gambar. Dia tengok-tengok camera. Aku pun tengok sekali la gadget idaman aku ni. Nikon D60. Harga dia aku tengok semalam sekali dengan lense lebih kurang RM2500++. Tak tahu la agaknya bila la aku boleh memiliki gadget idaman aku ni. Nak kumpul duit la..tahun depan nak beli!!
Selasa, 18 November 2008
shufle
Sabtu lepas anak buah aku, iskandar ada bgtau yang di megamall ada pertandingan shufle. Jadi aku pun pergi la melihat dan sempat jugak la merakam aksi2 budak shuffle ni. Kawan Iskandar dapat no 2. Ada aku rakam tapi x sempat nak upload lagi. Aku sempat upload juara dia je. tapi memang puas hati la tengok budak ni punya persembahan. Kecik je, baru umo 10 tahun. Dan x pasal2 jugak aku tiba2 minat muzik techno..heheh
Isnin, 17 November 2008
7 facts about me..
I've been tagged by Kak Sham..
7 facts about me..
1. Anak ke 7 dari 10 adik beradik
2. Lahir dan di besarkan di Kuantan Pahang.
3. Belajar dan bekerja pun di Pahang
4. Chubby
5. Masih belum berkahwin
6. Ada kereta Satria putih yang seksi (cam tuan dia aa)
7. Pernah la jadi pengawas ketua disiplin perempuan masa sekolah menengah dulu
7 facts about me (all of u should know!!)
1. Pas abis sekolah dulu..adalah bercita2 nak jadi rock star. Tiap2 bulan beli ROTTOW.
2. Pernah menjadi kekasih Radhi OAG ( in my dream). Aku minat bangat sama lo..dan hari dia kawin aku mmg frust nonggeng la..x caya tanya kak zaza.hehehe.
3.Pernah la kurus..tapi sekejap je, masa tu saiz pinggang aku 28..bila aku cite,semua x percaya. sebab skang dah...(rahsia aa)
4. Pernah mengalami stress yang amat sangat, sampai rase nak bunuh diri..ishhhhhhhhh xleh ingat aa, kalau ingat rasa nak menangis.
5. Aku suka membayangkan yang aku ni pernah hidup di zaman 60 an..nak lagi feel, aku selalu la baca buku2 Pak Samad. Nak-nak novel Salina dan Sungai Mengalir Lesu.
6. Pernah berbalas email dengan anak Pak Samad, Az Samad. Sampai sekarang simpan lagi email dia. Masa dapat email dia tu, satu opis aku tunjuk..hahahahhahaah
7.Yang ni memang dah termaktub.. aku cute sangat, hahahha
P/s: Apa pasal la 7 je Kak Sham? ..lain kali buat la banyak-banyak. Mana cukup 7.
Breast Cancer Awareness
Berkelah di Taman Gelora
Taman Gelora sekarang dah ada mende alah ni..aku tanya Abg Mat..dia kata nama dia basikal air@keta air. Ok jugak kan? Ada la aktiviti selain berjoging dan berjalan dekat situ. Aku tak naik pun. Mungkin lain kali. Kami berkelah je. Aku bawak nasi goreng dengan keropok. Arif bawak air masak dan pulut yang mak dia bekalkan dari kampung.
ngehhh!
WGV is back on track!!
Quantum of Solace
Em..tahun ni banyak pulak action movie aku tengok. Tapi memang x rugi la pergi tengok mamat Jebon ni. Best..mula2 dah buat aksi lumba kereta. Aku sempat tanya Arif.."agak2 keta ati boleh x buat macam tu? " Dia cuma gelak je..cesss!!
Apa2 pun kena tengok la yang Casino Royale tu dulu, sebab aku agak "blurr" bila ada bab2 yang ada kaitan dengan Casino Royale.
Apa-apa pun mamat Jebon ni memang ganassssssssssss!!
Sabtu, 15 November 2008
Jubah i likeeeee..
Bulan puasa baru-baru ni, masa cari barang-barang raya ada la pergi ke mega mall. Masa tu ada bazar jual baju dan ade satu booth ni jual jubah. Memang cantik la jubah dia. Suka sangat-sangat. Fabrik dia pun sedap. Sejuk je. Tuan punya booth ada bg pamplet kat aku. Dia suruh layari website dia www.zleqha.blogspot.com. Kat atas tu adalah antara jubah2 pilihan aku.
Easy Saturday..
Hari ini pagi-pagi lagi dah pergi ke pejabat. Hantar barang pada student sebab diorang ade lecture dengan Dr. Nik Nizan yang memerlukan GPS. Duduk la dekat pejabat tu sampai la dekat pukul 11.30. Em..rasa malas pulak nak balik, pastu teringat yang anak buah kata kawan dia ada buat persembahan shufle dekat Megamall. So drive je la ke Megamall. Mula2 pergi makan dulu dekat 1010 centre. Ada cafeteria kat atas tu. Rasenye aku la pelanggan pertama sebab tengok lauk semua x berusik lagi. Ok jugak la masakan dia, cuma tak ada sambal belacan..so x feel.
Jumaat, 14 November 2008
Kak Eli ku sayang..
CHFM angels :)
Kak Eli n me :)
Bergelak ketawa :)
Hari ini adalah hari terakhir Kak Eli berada di opis ku. Bulan depan dia akan berangkat ke Saudi untuk kerja di sana. Mesti rasa lain lepas ni. Selalunya aku akan telefon dia, tanya bila dia nak balik opis sebab selalunya waktu pagi dia akan berada di klinik Beserah. Mesti rindu dengan keadaan dia yang kelam kabut kadang2. Hahahaha..im gonna miss that!!
Mula-mula dia masuk opis aku, dia seorang yang sangat2 kurang keyakinan diri. Boleh cakap tiap2 hari telefon aku duk tanya macam mana nak kerja kat klinik Beserah tu. Tension gak mula2, tapi lama2 dah makin mengenali dia..aku makin rase selesa berkawan dengan dia.
Em...macam mana la opis ni ye bila dia dah xde nnt :(
..been tagged by Kak Sham..
Hahahaa..Kak Sham mesti marah sbb aku baru balas tag dia :)FIRST TIME NAIK KAPAL TERBANG
X pernah pun, tp nnt ingat nak naik jugak
FIRST TIME MELAHIRKAN ZURIAT
melahirkan isi perut ade la (memerut) hahaha..i single lagi ma...mana leh melahirkan zuriat, x baik tau..
FIRST TIME PEGI OVERSEA
X pernah..tapi nanti rasa nak pergi Jepun la..
FIRST TIME DUK JAUH DARI FAMILY
hm...duk jauh ngan mak since form 2. Tapi tu pun duduk rumah Long. Kire jauh la jugak tu kan .
FIRST TIME RASA DIRI GEMUK
X pernah, hahahahah.. sebab tu makin gemuk,hahahaha
FIRST TIME WORKING
emm..banyak tu, xtau yang mana pertama kali. Tapi pertama kali berkerja dengan orang lain selain famili ialah kerja ngan jiran aku, dia ada bukak kedai bunga.
FIRST TIME BERCINTA
Pas habis sekolah ( aku baik..tak bercinta mase sekolah). Cinta monyet, hahah
FIRST TIME MERASAKAN DIRI CANTIK
Cantik tak la..comel selalu,hahahah.
FIRST TIME TENGOK WAYANG
18 tahun!! tengok cerita LOTR Episode 2
FIRST TIME MASUK HOSPITAL
Form 2..alergic..
NAMA-NAMA TIMANGAN OLEH ORG TERSAYANG
Atie by family
Maria by Kak Lin
Manja by Kak Sham family
Makti by niece n nephew
Cik Ti by Adam
Mia by chat fren
Mama by Tuweet
Miz San by Tapai
Cik Bam by Syed
Sayang by Arif :)
ANDA SEORANG YANG..
1. comel aka adorable
2. manja dengan orang yang boleh dimanja
3.kelakar!!
4. suka berkawan
5. mudah menangis..yeke??
6. peramah
INSAN TERISTIMEWA
semua!!
FAVERET FOOD
yang sedap2 la..aku suka makan sambal jering la dan gulai rebung letak perut lembu, best bangat!!
FAVERET COLOUR
biru laut..hijau apple and shocking pink!!
FAVERET SONG
James Blunt..inde band, glame rock dan byk lagi
SIKAP YANG BUAT ANDA STRESS
hmm...
1. x suka tunggu orang
2. nak marah tapi x boleh
3. nak sesuatu tp x dapat
3 MENDE YG MESTI ADA DLM HANDBAG
- handfon
-kunci keta
-purse
-minyak yu yi cap limau
-kerongsang
tah..dah lupa :)
SAPA AKU NAK TAG
hahaha semua orang dah di tag..:)
Langgan:
Catatan (Atom)