Hari Khamis seawal pukul 9.30 pagi aku bertolak ke Ipoh Perak. Perjalanan yang agak jauh la..lebih kurang 7 jam aku berada dalam bas. Cuaca mula2 baik. Tapi hujan mula turun bila masuk kawasan Slim River.
hujan yang x la lebat manaSampai di Sungkai bas pun berhenti untuk rehat makan tengah hari. Padahal masa tu dah pukul 2 lebih. Mahal la makanan kat perhentian tu. Aku makan nasi ngan ikan goreng tongkol dan air tin cincau kena sampai rm7. Pergh!! cekik darah sungguh. Mentang2 la x ada pilihan dah. Nasib baik la aku lapar masa tu. So aku bedal je la.
Sampai kat Bidor sempat la aku ambil gamba Pamelo ni. Tu pun sebab bas berhenti turunkan penumpang. Ambil gambar je la. X sempat pun nak membeli.
Dekat pukul 4 lebih jugak la aku sampai Ipoh. Kak Eli jemput aku siap bawak ultraman skali. Hehehe. Anak dia si Adam tu pakai baju ultraman siap dengan topeng. Cute sangat2. Semua orang duk tengok Adam. Siap ada pakcik tu jerit2 panggil Ultraman!!.Apa la pak cik tu. Over acting plak.
Rumah Kak Eli tu kat Batu Gajah, yang jauhnye lebih kurang 30 minit dari bandar Ipoh.Aku teman Kak Eli beli barang tapi kena duduk dalam kereta je sebab Ultraman tido.
Kedai2 di Ipoh
Bandar lama
Aku yang kepenatan
Ultraman tido...abis la raksasa serang bumi
Kak Eli yang x membeli barang pun.
Jalan ke Batu Gajah
Rumah Kak Eli
Aku ngan Adam sebelom main bola sepak 1 sebelahMalamnye aku sempat la berinai. Adik lelaki Kak Eli yang nak kawin. Pengantin perempuan nye orang Perlis. Malam tu agak panas la. Sampai Adam pun x pakai baju.
Adam berposing bersama notebook nyaEsoknya seawal pukul 8.30 pagi kami bertolak ke Perlis. Kami singgah di Baling. Rumah adik Kak Eli dan untuk orang2 lelaki solat Jumaat.
Adam saat gumbira sebelom mengamuk nak tidur.Pemandangan banjaran Ni lampu trafik kat Baling, blakang tu gunung ganang yang tersergam indahPukul 5 kami bertolak dari Baling ke Perlis. Kali ni aku kena jadi bidan terjun. Aku kena drive sebab salah sorang pemandu tak berapa sihat. Aku memang suka.Hahaha...Tapi memang best la memandu sambil dikelilingi sawah padi. Syok!!
Sampai di Perlis pukul 7 mlm. Kami semua duduk di Home Stay Banglo yang ada 4 bilik tidur dan 2 blik air. Cuaca dekat Perlis pun mendung je. Nasib baik tak panas. Malam tu lepas Isyak kami semua bergegas ke surau bersebelahan rumah pengantin perempuan untuk akad nikah. Alhamdulillah..dengan skali lafaz je dah sah.
Esoknya keluarga pengantin perempuan mengajak kami semua sarapan di rumah mereka. Kami pun seawal pukul 8 pg bertandang. Hehehe.
Dah kenyang makan mee goreng dengan Ecah dan AdamBaliknya, kami singgah ke Kuala Perlis. Jalan2 je la. Sempat ambil gambar tapi tak ada apa2 pun. Ada la ikan belacak duk main cak2 dengan ketam.
Sawah Padi
Adam dan Ecah
Peace !!
Ultraman dan doreamon kakakak
Ni la pemandangan depan UNIMAP..Lepas berjalan tapi tak sempat bershoping, kami pun bersiap la utk menghantar pengantin. Lepas zohor kami pun berarak ke rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Gambar pengantin tak berapa terang sebab ramai sangat orang.
A'a dan Zatul
Gambar ni atas permintaan Kak Eli.
Selepas ambil gambar dan itu ini. Kami pun gerak la pulang ke Ipoh. Dan aku juga telah menjadi bidan terjun jugak. Aku drive la dari Perlis ke Perak pakai kancil Kak Eli. Mak aiii sampai2 rase nak patah pinggang. Tapi seronok la dapat memandu jauh2. Tak sangka pulak aku boleh memandu sejauh tu. Alhamdulillah tak ada apa2 perkara yang tak di ingini. Sampai di Perak lebih kurang pukul 11 malam.
Esoknya..pukul 9.30 pagi aku naik bas ke Kuala Lumpur. Pukul 12 sampai. Lama jugak la menunggu Kakak aku dekat Puduraya tu. Pastu ade la mamat indie ni. Aku rase dia ada band la. Sebab masa aku duk tinjau2 kereta kakak aku dia sengih2 kat aku. Ceh..ingat aku nak mintak autograf la tu. Akak aku sampai tu aku cite la kat dia. Dia cakap, mak aku lagi best, jumpa Mat Sentol. Mak aku tegur kakak aku, tapi Mat Sentol yang perasan, hahahha.. maknanya artis2 kita ni sebenarnye perasan je lebih. kui..kui..kui..
Untuk melepaskan tension sebab tak dpt bershoping di Perlis maka akak aku pun terus membawa aku ke jalan TAR. Aku pun shoping le selendang dan kerongsang. Tapi bila balik tu mak aku cakap selendang aku macam kain langsir. Adoiiii tension giler rasa!!
gedik2 je adik2 aku niTension..Saje je amik gambar ni.
Esoknya tak sabar aku nak balik Kuantan!! Aku ambil tiket bas pukul 8 pg. So bertolak la aku pulang...waaaaaaaa syok giler dapat balik Kuantan. Ape2 pun Kuantan is the BEST!!