Selasa, 4 Disember 2012

The Ritz Grill

Malam Anniversary baru2 ni. Aku & Arif celeb di The Ritz Grill Kuantan. Opismate yang cadang makan kat sini sebabnya sedap dan berbaloi harganya. Dulu aku pernah makan dekat Crocodile Rock kat area Teluk Cempedak. Tu pun kawan belanja. Memang mahal gile la. Makan 2 org, 2 main course dan air + 1 desert harganya RM 98.00++. Giler mahal. Pastu ada plak hari tu aku nampak dia serve arak utk customer mat saleh ni. So trus la boikot, sebab aku tau owner dia Melayu. Kalau ikutkan, kita tunjuk kat orang kedai arak pun kita berdosa,inikan pulak kalau restoran kita serve arak. So fikir2 kan la.

Jadinya aku pun pergila candle light dinner dengan Arif kat The Ritz Grill ni.

Sampai2 je laki aku dah duk mencari Wi Fi. Tapi xde la plak.

1st Menu..appetizer kitorang,grill chicken salad. Sedap giler. Banyak plak tu, puas jugak la makan berdua je.

Minuman kitorang, kanan yg montel tu apple morocon kalau x silap aku, rasa dia ke arah arab2 gitu, tapi x sedap sgt sbb kuat rasa kayu manis dia. Laki aku plak order carrot juice je.
 

 Yang ni main course aku. Lamb harisa nama dia. Sedap dan besar portion dia. Sesuai utk mak buyung yang kelaparan mcm aku. Cuma aku silap sebab order air aku tu dah rasa kayu manis,skali lamb aku ni pun kuat kayu manis dia. So pas ni kalau nak makan lamb harisa aku kena order air lain .
 
 Yang ni plak untuk encik suami. Grilled Salmon. kalau ikutkan dia nak chicken chop je. Aku la racun dia suh amik grilled salmon ni. Asyik2 chicken chop je. Try le menu lain plak kan.
 
 Last skali kitorang punya desert, choc chese cake. Sedap GILOS!!. Chese cake dia ni simple je, choc plak kat bottom dia. Yang menambah sedap tu ialah dia punya sos ats tu dan hirisan almond yg sgt in la dengan cake ni. Eeee rasa mcm nak tapau je bawak balik.
 
Ni la suasana dlm nya. Cozy sgt. siap ada pasang love song yang mmg romantik la. Sesuai la nak pi dating dengan suami kan. So total kitorang makan adalah RM 80.00. Bagi aku ok la sbb byk jugak aku makan dan jugak portion pun besar kan. Sekali setahun kena jugak celebrate. Jgn la hari2. Kopak plak nnt.
 
 
So kepada sesiapa yang nak pergi,ni alamatnya
A 22, Lorong Haji Abdul Rahman 1, Kuantan, Pahang 25000, Malaysia
 
dan boleh dapatkan direction di sini.
 



1 ulasan:

Mama Twin berkata...

Salam awak..saya baru plan nk g mkn di crocodile rock, tetiba husband suruh google kot2 dia ada jual arak ke..tp lepas baca blog awak, rasa x jd la..di the ritz grill di confirm ke tak ada arak?owner nya Islam ke? Tq for your info..