Khamis, 29 November 2012

1st Anniversary

Tanggal 26 November 2012 lepas genaplah setahun perkahwinan aku & Arif. Macam x sangka dah setahun kitorang kawin. Rasa mcm baru semalam je sanding2.

Baru lepas akad nikah masa ni,sesi sarung cincin dan gelang kawin.

See my pelamin, sangat puas hati dan baju pun gojes. Rasa nak sanding skali lg,boleh??


So sempena ulang tahun perkahwinan kami ini, aku dan Arif sepakat nak raikan nye dengan menginap di Swiss Garden Hotel. Kitorang dapat voucher free 3 hari 2 malam dari kawan Arif. So masa ni la nak guna. Mula2 ingat nak guna kat Swiss Garden Hotel Pudu Kuala Lumpur. Tapi memandangkan aku yg tengah sarat skang dah masuk 8 bulan, so kitorang redha la stay kat Kuantan je.

Bila kami check in, terkejut jugak aku sbb dapat bilik executive suite. Bilik memang besar la. Ruang tamu dengan bilik asing. Ruang tamu ada tv, dlm bilik pun ada..so aku dengan arif x gaduh la nak tgk chanel mana.

Tapi gambar bilik aku x sempat nak snap,sampai2 je aku landing terus. Check in kul 4 sbb tunggu Arif siapkan keja dia dulu. So sementara tunggu teduh skit nak bwak anak buah aku mandi kolam,so aku landing trus atas tilam dulu. Oh ye..nama je Anniversary tapi anak buah aku ramai yg dtg. Aku ajak nak bg diorang mandi kolam. Arif lagi kelako,siap ajak mak aku lg tido sana. Tapi family aku xnak la kacau org nak berhoney moon kali ke-2 kan?. Bagus2..hehe

ni pic aku google je..nak bg contoh. Kitorang dapat ground floor mengadap laut dan swimming pool. Mana x meroyan budak2 tu tgk kolam?? sebelah kolam pulak ada playground. Ni sape punya honeymoon ni??

Malam 1st tu mak aku dtg dengan abglong & kak long aku sebab anak dia Dida & Angah ada kat hotel dengan kami. Petang tu dlm pukul 5 aku bawak Dida mandi kolam. Pastu pukul 6 arif ajak kuar makan sebab katanya dia lapar. Aku pun lapar jugak so kitorang pergi la dinner dekat KFC Balok. Tapi seriusly aku dah x leh masuk la KFC. Makin x sedap plak rasanya. Sib baik la malam tu kak long datang nasi berlaukkan ikan muduk goreng berlada. Aku makan 2 kali tambah. Pueh hati.

Hari kedua pulak, aku amik anak2 buah aku yang lain. Sebab dulu dah janji kalau pergi tido hotel nak bawak diorang mandi kolam. So mengangkut la diorang dari rumah mak aku. Kitorang kumpul kat rumah mak sebab akak aku pun baru sampai dr Kl tengah hari tu. Kakak aku lagi kesian, baru 4 bulan preggy kaki dia dah bengkak,pelik jugak. Tapi sib baik gi ngurut so surut la skit. Aku alhamdulillah la kaki x bengkak walaupun skang dah 8 bulan.

Sampai kat hotel lebih kurang pukul 3. So tidak debenarkan la nak mandi2 kolam sebab cuaca panas lagi. Laki aku bantai tengok tgk cite Shanghai Noon kat ruang tamu. Budak2 tu aku bg mandi kat bath tub. Sib baik bath tub tu ada mesin jakuzi tu,so ape lagi,berendam le dlm tu.

Tapi pas 30 minit diorang dah nak kuar. Aku letih so nak baring2 kejap. Baru nak lena terkejut sbb budak2 tu bantainye main nyorok. Bising giler, pastu kejap2 tanya bila nak mandi kolam? Last2 aku x tahan sgt, kul 5 tgk mcm dah sejuk skit baru la bawak diorang mandi kolam.Mandi la diorang lama2 sampai kul 6 diorang naik salin baju pastu main kat taman permainan plak. Aku duk perati je. Arif la duk melayan nya. Sebab anak buah aku Asfa ni mmg manja dengan Arif.

Tengah2 main tu Abglong duk kol. Ajak pergi ke rumah mak, katanya dia ada beli durian byk giler. So aku tanya arif nak pergi ke x? Arif kata nak je,almaklum la laki aku ni hantu durian.So bertolak la kitorang ke rumah mak.

Kesian..kepenatan diorang. Tapi Dida yang tengah tu paling over. Siap suh aku upload lagi gambar ni dlm FB. Giler glamor betul budak ni.

Esoknya,26 Nov 2012 kitorang pun check out seawal pukul 7.30 am sbb nak masuk opis. Pesan kat hubby nak candle lite dinner malam tu. Dia pun ok je. Dinner tu nnt la aku story dlm post yang lain. Ok la.. bye :)



Tiada ulasan: