Weekend baru ni, aku & hubby balik Keratong. Aku dah 2 minggu x balik sebab Dr. x bagi travel sgt. Jadi weekend ni aku balik la. Hubby pun katanya nak siapkan pasang jubin kat toilet yang baru je siap. Selama ni toilet jauh kat luar rumah. Malam2 memang aku seram la nak keluar sbbnya blakang toilet tu gelap gelita. Yang jadi mangsa mesti lah suami ku itu. Kadang2 dia pun naik angin jugak baru nak lelap org dah gerak. Nak2 bila pregnant ni kejap2 rasa nak kencing. Jadinye..dia pun buat kan lah toilet yang memang betul2 dlm bilik. 1 untuk mak dia, 1 untuk bini dia yang suka kencing ni. So kami bertolak balik tu hari Jumaat pas maghrib. Esoknya mak mertua aku ajak pergi segamat. Katanya nak beli kain nak buat barut baby aku. Aku pun cakap nak buat barut baby lain dr yang lain. Selalunya org guna kain putih kan? aku guna kain corak2 katun. Ni semua sebab terpengaruh majalah Pa & Ma. Cantik pulak aku tengok. Dalam masa yang sama memang hubby nak cari pemotong jubin & mentol lampu nak pasang dlm toilet.
Maka bermula lah perjalanan kami ke Segamat. Kami bertolak dlm pukul 11. Sampai pukul 12 sebab dr Keratong ke Segamat dekat sejam jugak perjalanan. Paling dekat Muadzam tapi bandar Muadzam xde banyak pilik dan jugak suram je. So kitorang pergi je Segamat dah alang2 kan.
Kedai yang mula2 di tuju ialah kedai kain Nagoya. Nampak x sales girl tu pegang kain tu. Baru rm 2.50 je semeter. Yang dia pegang tu aku buat sarung bantal & sarung tilam baby. Yang oren ada teddy bear merah tu pulak untuk barut baby. Yang ni mak mertua aku sponsor.
Pastu mak mertua aku ajak pergi supermarket pulak. Katanya nak cari selipar dia. Tapi dia x beli pun selipar, last2 dia sambarnya barang2 baby aku. Semua dia sponsor kecuali baju tu je. Naik segan plak aku. Dia kata xpe la..dia nak belanja katanya.
Last skali kitorang pergi kedai rm 2.00 kat sana. Borong pisau untuk mak aku. Rumah mak aku tu pisau semua dah tumpul. Bak kata pepatah..potong taik pun x lut. So aku beli 3 skali. Siap pesan jangan bawak turun tanah plak pisau ni. Mak aku tu semua mende dia potong, pokok dia la..korek tanah la guna pisau sama. Mana x tumpul cenggitu?
So pas abis shoping kitorang balik ke Keratong. Sampai tu kira2 pukul 3 petang. Penat tapi rasa seronok sebab gembira plak tgk barang2 baby tu. Excited :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan