Ke Kelantan bersama akak n adik2 aku untuk membeli barang2 utk bisness. Pukul 7. 30 kami bertolak dari rumah dan ke rumah abglong utk menukar kereta. Kami singgah di Tanjung Api untuk sarapan pagi. Aku mkn mee celup sebabnye aku mmg suka sgt rasa mee celup tu.
Lepas sarapan, kitorang pun menyambung perjalanan. Sampai kat Kerteh driver tukar. Aku plak drive sbb kakak aku dah mengantuk. So aku drive sampai la ke Kota Bharu. Mula2 kami sesat, rumah tumpangan kami di Pasir Hor, tapi sesat sampai ke Pintu Geng. Sib baik la tuan rumah willing nak menjemput kami dan tunjukkan jalan. Tuan rumah tu nama dia Kak La. Orang nya bertudung labuh dan sangat baik. Ramah tamah sgt dan sempat bawak aku pi beli lunch. Tp Kelantan ari Jumaat mmg macam dilanda garuda. Sunyi skit sbb org sibuk pi solat jumaat. Kedai2 makan semua tutup. Adik laki aku tu sibuk sgt nak makan nasi kukus Kota Bharu. Tapi x kesampaian sbb semua kedai nasi kukus tutup. Sib baik la ada 1 kedai ni bukak. Aku beli nasi putih ngan sup perut. Pastu ade pasar mlm mase tu. Tapi cuma gerai ayam percik je baru bukak. Aku pun beli la ayam tu. Sampai2 kat rumah, Kak La ofer budu ngan ikan rebus. Kitorang on je sbb memang feberet pun dan time tu memang sgt lapar. Yela kitorang lunch kul 3 ptg..
So..pas lunch kitorang rehat2 sampai la kul 6 kitorang keluar utk ke Wakaf Che Yeh. Syok sebab kat sana aku borang2 tudung utk di jual. Adik laki aku usha2 jersi bola. Pas lama bershoping lapar tahap gaban dan. So pas tanye sorang brader kat situ katne makan best, kitorang pun pergi la makan gerai asam perut. Ingatkan perut bakar cicah air asam, rupe2nye dia macam sup perut tp masam dan pedas kawwwwwww punya. I loikeeeeeee..
Pas makan kitorang pun balik dan pas tgk barang2 belian, kitorang pun tidooo. Aku yang paling awal tido. Sedar2 org dah azan subuh.
8/8/2009
8.00 am aku pi beli sarapan yang betul2 dekat ngan rumah tu. Aku beli nasi kerabu ayam bakar madu dan nasi berlauk ayam bakar madu. Best sgt2. So lepas dah mencekik, akak aku pun kerahkan adik2 aku kemas2 barang utk check out dan ke destinasi seterusnya iaitu Rantau Panjang.
Perjalanan ke rantau panjang sgt mencabar kesabaran aku. Jalan kecik, tp keliling mmg cun sgt. Sawah padi terbentang luas, dan rumah2 kampung tp tahap bungalow punyaaaaa... Pergh, aku sgt kagum.
Sampi sana, mmg ramai la yang bawak motor tp plat Siam. Aku pun mengasah2 longat Kelantan skit dan skill menawar aku yang mmg aku warisi dari mak aku. Perghhhhhhhhh..macam nak gile shoping kat sini beb. Aku rase x nak balik. Murah2 dan boleh tawar lagi. Akak aku telah bersekongkol ngan adik lelaki aku beli jersi bola n jersi rugby utk market kawan2 adik laki aku ni. Aku plak kat sini beli barang2 sendiri je. Ada la aku belikan barang2 pesanan kawan2 opis dan sehelai T-shirt rugby utk Arif.
Rantau Panjang
Kitorang siap bershoping dlm kul 12 tengah hari. Sib baik la kitorang dah balik tu org baru datang. So x la sesak sgt. Cuma x puas hati sbbnye x semua kedai aku sempat nak pi menjelajah. Lepas tu adik2 aku dah memberontak nak lunch. So kitorang pun singgah la 1 restoran ni dan makan sup perut lagi. Tp sangat puas hati sbb murah dan sodap!!
Lepas makan2, kitorang pun memulakan perjalanan balik..Sampai kat Pantai Batu Burok Terengganu aku pun ajak adik2 pi minum petang. Sebab agak ngantuk dan lapar. Kat sini kitorang santap sotong celup tepung, ikan celup tepung, keropok leko n air kelapa.
Akak aku kemalu-maluan
2 ulasan:
ni trip ke Kelantan pi beli barang ke trip ke Kelantan jelajah tempat makann.. ekekekeeke.. byk norr agenda makan ko weih.. kecur ayaq liuq!
sambil2 tu kak sham, tu pun x sempat nak pi Pasar Siti Khadijah, next trip kena pergi
Catat Ulasan