Isnin, 2 Ogos 2010

Leek


Semenjak dua menjak ni, aku sangat jatuh cinta dengan sayur ni. Dan sebab leek ni juga lah aku semakin suka makin sayur dan nasi tanpa lauk2 lain. Bila hujung minggu aku akan merajinkan diri pergi ke pasar utk mencari sayur ni utk digoreng bersama2 dengan sayur2 dan jugak kadang2 masak dengan ayam.

Kalau korang nak cuba boleh la dptkan sayur ni tapi org cina je la yang jual. Melayu xde jual sayur ni. Kalau nak tumis sayur tu x yah guna bawang putih or bwg merah dah. Gunakan sayur ni je utk menumis. Sangat lazat dan manis. Ni ada resepi yang ingin aku kongsikan bersama tp gamba xde la sbb x sempat nak amik gamba.

Bahan2:

Leek (dimayang kasar)
Sayur: aku selalu guna buncis,asparagus & Tauge cina (tauge yang ada daun)
Tauhu telur(potong kecik)
Tempe (potong kecik)
Kiub ikan bilis
sos tiram

Cara2:

Gorengkan tauhu telur sehingga garing dan angkat
Mayang2kan leek kasar2 dan tumis dlm minyak yang panas
Masukkan tempe dan kiub ikan bilis
Setelah tempe agak mesra masukkan kesemua sayur dan sos tiram serta sedikit air
Setelah agak mesra masukkan tauhu telur yang telah digoreng td dan kacau
Angkat dan hidangkan ketika panas bersama nasi putih.

Jumaat, 23 Julai 2010

Ogos nnt..


Salam semua..amboii lama betul x menulis. Aku pun xtau knp la lama sgt aku biarkan blog aku ni bersawang,hahaha..maybe bz sgt kot (bz ke???). Masuk bulan Ogos ni aku akan dipindahkan ke kampus lain. Almaklumla tempat kerja aku ni kan ada 2 campus. So nnt akan ditugaskan sebagai PA di sebuah jabatan klinikal. Bulan Julai ni dah sempat aku beramah mesra ngan bos baru dan rakan2 setugas yang lain. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun masa mula2 agak pening dengan jadual2 waktu pelajar dan posting2 diorang.

Kehidupan sekarang??? x banyak berubah. Masih tunangan org..hehehe. Cumanye dah dpt anak buah yang baru. Namanye Nur Asyfa binti Zairezal. Cepat betul dah bertambah jd 8 org anak buah aku. Aku je yang x beranak2 lagi. Heheheh

Rasa macam sekejap je pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan balik. Aura2 raya pun dah terasa. Dah dengar bunyi2 tukang jahit dah x amik tempahan baju raya la, tokey2 kuih2 dah pun stat menghidangkan sampel2 kuih raya la..ishhh..mcm2 la. Yang penting aku ni baju raya x tempah lg, hahahaha. X kisah le tu. Ape yg ada aku pakai je. Yang penting vogue..(vogue ke??)

Ok la..aku pun x tau nak bebel ape dah ni. Nnt ada idea aku bebel lg dlm ini blog. Sebelum akhir kata, dipersembahkan ahli baru keluarga Zawawi...


gambar credit tu kawan kakak ipar aku..pinjam ek gamba ni :)

Rabu, 3 Mac 2010

Hari Pertunangan

Alhamdulillah..seperti yang di rancang, 27 February baru2 ni aku selamat bertunang dengan Mohamad Arif bin Hamzah. Aku mengenakan jubah dress warna pink dan dia pula memakai kemeja warna sama.

ngah siap2 mase ni, pakai make up kawan aku, madi nama dia. Dia la make up dia la tukang amik gamba. Yang tgn tengah pegang kepala aku tu, tgn mona..Dia bab belit2 tudung ni mmg pakar. So haruslah aku menggunakan kepakaran dia.

dekat kul 1 rombongan lelaki pun sampai, jenuh gak le menunggunye..tu baru 2 biji keta sampai,ade lg ngah cari parking.

Sempat lagi aku jenguk2 ikut tingkap..hehhe, btw aku suka gamba ni, tq madi.

mase ni diorang tengah berbincang..dan bersepakat mengadakan kenduri tahun depan.

turun dr bilik utk upacara sarung cincin.

cincin selamat disarungkan.

akak aku pun dpt hadiah sbb aku ni melangkah dia..

Arif kena tunggu kat luar..hehe

7 berbalas 9..Pink dari Arif dan Purple dari tunangnye

Pas bincang2 ape lagi..santap le. Kami buat Nasi Arab. Tq pada chef aka adik aku kerana masakan yang sodap.

kawan2 adik lelaki aku pun turut hadir.

Eh..eh..tunang aku pun sibuk skali.

ni spokeperson family kami. Abg sulong aku.

His wife..

my sis in law jugak dan Ayrissa

adik2 aku aka dayang2

mak aku n abg ipar Arif. Abg Sarip nama dia. Sgt peramah orgnye,hehe

Tq Kak Sham n Kak Fiza kerana sudi datang

Kakak aku cam biasa..suka tunjuk2 perut aku,heheh.

Meet the photographer, Madi.


Org kuat selain family aku, Puan Mona. Tq for all :)
anak buah & anak2 kawan2

Gamba tuan blog mesti kena ada la kan..wajib.

Walaupun cuaca panas hari tu, sampai dekat sekotak gak aku lap peluh, tp alhamdulillah semuanye berjalan lancar. Macam x percaya jugak aku dah jadi tunangan Arif. Bila kenang2 balik memang kelakar jugak. X sangka lelaki yang aku jumpa 6 tahun lepas di Kuantan Megamall telah menjadi tunang aku hari ni. Nak2 pulak kawan aku yang kenalkan. Mail.. terima kasih la ek,hehe. Mail ni dulu satu matrik dengan Arif ni. So sll ujung minggu Mail akan ajak aku kuar. Mail ni kawan baik aku. Satu sekolah dulu. Satu hari tu, kitorang jumpa dan dia ada bawa Arif ni skali. Mase 1st time jumpa, malu2 gak la. Aku ingat lagi dia pakai baju kuning cair. Aku pun x tau la nape sampai skang ni aku ingat lg.

Kitorang pun jalan2 la. Dari Megamall tu jalan kaki ke Mydin. Jauh giler, tapi redah je. Nak jimat duit kalau naik teksi kena bayar. Teman la Mail ni beli tie. Masa tu aku dah ramah tamah dah dengan Arif ni. Siap komen2 pasal Mail lambat pilih tie. Skang ni bila pergi Mydin je, mesti kitorang ingat balik peristiwa tu. :).. Berbalik pasal cite lama aku tu, pas pi mydin, kitorang pun bertolak la pergi ke stesen bas Benteng Kuantan. Masing2 nak balik ke rumah masing2. Arif duduk jauh kat Keratong. Tapi kitorang semua leh amik kat kat situ je. Sementara tunggu bas tu, kitorang lepak kat tepi sungai. Mail tiba2 kata nak pergi beli air. Aku mmg nak sangat ikut dia, tp mail suh aku tunggu ngan Arif. Saje je Mail..aduhhh..mmg aku nerves giler mase tu. Sib baik la Arif ni pandai stat perbualan. Dia tanye aku ni org mana, pastu dia siap bgtau dia tu org Banjar. Aku mase tu x tau pun ade keturunan Banjar. Selama ni aku tau Minang, Bangkahulu ngan Jambi je. Tu pun sbb aku ade keturunan tu. Rupe2nye org banjar ni ramai kat kawasan Perak dan Selangor.

Lama jugak Mail tu pergi beli air sampai sempat la Arif tu cite zaman dia budak2 dulu, dari darjah 1-6 mak dia pakaikan dia bedak sejuk kat muka dia pergi sekolah. Banyak nye dia cite pasal diri dia. Aku agak segan masa tu, so aku just dengar n gelak2 je. Lepas balik tu, kami x de pun tukar2 no. Walaupun mase tu aku ada telepon, tp x terfikir pun nak tukar2 no fon.

2 tahun lepas tu, aku jumpa Mail semula, kitorang keluar ngan kwn sorang lg. Mail ajak pergi cc. Masa tu dia budak2 mmg tengah giler dengan Friendster. Bila Mail tau aku xde akaun frenster tu, dia terus watkan utk aku satu. Pastu dia tunjuk la kawan2 kitorang satu sekolah dulu, ramai..sampai la dia tunjuk frenster Arif. Dia suh aku tegur Arif kat ym. So aku pun tegur la Arif. Dari situ hubungan kitorang bersambung semula. Walaupun mase tu kawan je dan sll on off on je off je. Sampai la dia abis belajar 2 tahun lepas, dia ajak aku keluar tgk wayang. Ingat lagi mase tu tgk cite Narnia & The Prince Caspian. Dia siap tanye aku, aku dah x pakai ke nset bergetah aku tu. Hehehe ..dulu mase 1st time jumpa, nset aku bateri dia longgar, so aku ikat ngan getah. Dia boleh ingat nset aku tu.

Bila dah grad, dia bgtau dia nak kerja kat Kuantan. Aku pun bgtau dekat tempat kerja aku ade nak pakai part time library. Dia pun apply..pastu dapat. So dia pun duduk kat Kuantan. Dekat la dengan aku. Satu rumah pulak dengan kawan2 aku. So kitorang byk lakukan aktiviti bersama. Main badminton tiap2 rabu. Pas kerja lepak2 kat kedai minum dulu. Tapi beramai2 la. Memang syok mase tu. Sbb rasa cam aku ni dah kwn lelaki diorang je.

Bila masuk bulan puasa je. Dia ade ajak aku buke puasa kat kampung dia. Aku suh dia call mak aku, mintak permission. Dia call, mak aku pun bg la. Stat dari situ la, rasa lain macam je antara kitorang. Sampai la 12 ramadhan 2008...dia melamar aku. Terkejut..mcm x percaya. Sampai aku ckp mintak tempoh seminggu nak pikir. Skali lusa dia ajak kuar. Malam tu aku bgtau aku setuju, hahaha. Konon kata seminggu, skali 2 hari dah bgtau.

Tula..Allah tu maha adil, dulu aku sll dikecewakan. Sampai satu tahap aku malas nak mengharap pada sape dan ada rasa putus asa jugak. Tp betul la org ckp..sabar tu iman. Bila jumpa balik Arif, aku sedar yang betapa besarnye kuasa Allah tu. Aku berdoa semoga panjang la jodoh kami sampai ke alam perkahwinan dan seterusnye sampai ke syurga.



Khamis, 11 Februari 2010

Book Mark


My first project..first customer is budak2 kelas anak buah aku.

Rabu, 10 Februari 2010

Paper Craft..

Kata nak buat bisnes internet kan..so kena la mulakan langkag demi langkah. Setelah melayari website Paper Craft, aku melangkah ke Kuantan Parade untuk mencari majalah itu tetapi hampa. So aku terus saje mencari bahan2 utk project pertama aku. Excited gitu..di bawah adalah barang2 yang sempat di shoping..






kertas ni aku x tau nama, aku beli je sbb permukaan dia yang agak kasar.


butang2 yang aku beli dekat kedai jahit.


Ni pun sama aku beli kat kedai jahit. Dlm kedai tu mcm2 renda ada. Rambang mata di buatnye


hitam itu menawan..tgk skali dah jatuh chenta aku. Sesuai utk wat kad yang classy2. Mahal gak kertas ni RM4.50 sekeping.

Yang ni pun sama RM 4.50. So cute..luve2 gitu

yang ni murah skit tapi dah lupa harganye. Aku suka sbb polka dott.

Rasanye kena renovate skit bilik aku tu. Nak kasi masuk sebijik meja utk tempat membuat kad2 ni nnt. Ape2 pun kalau dah sukses project pertama ku ini. Akan aku pamerkan di sini. Wish me luck!!

Selasa, 9 Februari 2010

cute card..


Kad ni aku saje je buat masa2 terluang, dah siap tu aku bagi pada Arif. Dia ckp kad ni simple n lovely. Siap bagi idea suruh jual kat blog. Trend sekarang kan berniaga melalui blog. Jimat jugak sebenarnye, nak2 dari segi kos pekerja dan jugak kos infrastruktur. Xyah susah2 nak sewa kedai bagai.

Ni ada contoh perniagaan melalui internet yang boleh kita buat rujukan :
- Boonga Art Shoes

Perniagaan ni diusahan oleh 2 orang budak muda yang sangat creative. Ahad baru ni ade keluar kat nona. Kat sini ade le aku usha2 jugak kasut. Memang cute..tapi sesuai ke dengan umo aku yang dah 25 ni??? Arghhhhhhhhhhhhh x sangka aku dah tua!!


lovely dovey

Rabu, 3 Februari 2010

CONTEST SEINDAH NAMA SECANTIK WAJAH


CONTEST SEINDAH NAMA SECANTIK WAJAH ini akan berlangsung mulai 02-02-2010 hingga 28-02-2010.
Contest ini dianjurkan adalah bertujuan utk mencari nama-nama pilihan untuk baby iaitu:
Kategori Nama Baby Perempuan~ Mesti huruf N.. A........ (cth: Nur Ayrissa)
Kategori Nama Baby Lelaki~ Mesti huruf N.. Z........ (cth : Nin Zizan hahaha..cam Zizan Nin diterbalikkan sajork!)

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah:

1.
Terbuka kpd semua pelawat di blog ini. (x kesah silent reader ke anonymous ke...)
2.
Setiap peserta boleh menyertai kedua-dua kategori.
3. Nama-nama pilihan yg mempunyai makna yg baik akan mendapat markah tambahan! ;)
4.
Setiap penyertaan hendaklah DIEMAILKAN ke alamat: adhoney18@yahoo.com SAHAJA! (x perlu tinggalkan nama2 pilihan anda di ruangan komen).
5.
Tinggalkan NAMA & EMAIL anda diruangan komen & memaklumkan kpd saya bahawa anda telah menyertai contest ini.
6.
Tiada paksaan utk add blog/jd follower saya tp kalo nak jd pon apa salahnya. Hehehe...
7.
Pemenang hanya SEORANG sahaja bagi setiap kategori.
8.
Dan akhir sekali promotekan contest ini di blog post anda (ini kpd blogger2 sahaja..)

*Juri adalah terdiri drp pemilik blog itu. Mereka akan memilih nama dikalangan yg terbaik utk diberikan kpd baby mereka nnt.

Hadiah-hadiah menarik menanti anda iaitu :

*
Voucher percutian ke Genting Highlands for 2D1N (Kategori Nama Baby Lelaki)

*
Sepasang kain kebaya sulam dr Bandung, Indonesia (pink colour+bermanik) + Voucher Genting Highlands Theme Park (Kategori Nama Baby Perempuan)

Menarik kan?? kalau nak menang boleh la cuba ye..

Jumaat, 29 Januari 2010

malam romantik ini..

Last nite..arif ajak kuar. Kata nya teman dia pi repair hanfon ngan bayar bil tepon. Kami pun gerak la ke Kuantan Parade. Pastu dia ade tanye aku, nnt pas tu nak pi makan katne. Aku ckp la nak makan mee hun sup dekat stadium sbb lama dah x mkn kat situ. Teringin sgt.

Lepas siap2 semua urusan dekat KP, terus la kami ke stadium. Skali sampai gelap gulita..rupe2 nya dah xde org berniaga dah kat situ. Frust betul..rasa nak nangis pun ada. Arif ajak pergi KFC. So aku pun ikut je la..

Sampai2 kat sana. Kitorang pun pergi order, dia tanye nak makan ape? dia suh aku order shrimp nugget. Cute sgt sbb dia bentuk love. Baru ingat x lama lagi kan valentine day. So mmg skang ni byk la teman love2 ni. So aku pun cari la tempat duduk sementara tunggu arif beli makanan.

love nugget

Bila Arif sampai kat meja..dia terus nyanyi lagu Hepi Besday kat aku. Terkejut aku..semua org kat situ pandang. Ade yg senyum..ada yang buat muka pelik dan mcm2 lagi la.Dia say sorry sbb lewat celebrate n skang pun xde kek. Aku ckp aku x kisah pun.. Terharu sungguh aku. X sangka plak mamat ni romantik jugak orangnye.

Siap pastu dia suap aku mkn kentang lenyek tu..hik hik hik. Walaupun xde hadiah n kek. Aku tetap hepi sgt2. Thank you laling..i will always remember that nite 4 ever :)

Selasa, 26 Januari 2010

Main Guli

Jumaat baru2 ni aku MC..

So byk masa duduk kat rumah je. Ditemani anak2 buah aku yang asyik ajak main congkak sampai naik jemu aku. Last2 aku dpt idea..aku suh diorang main guli. Rupe2 nye diorang ni x penah main guli. Tapi tau pasal permainan tu sbb tengok cite Upin & Ipin je. Dlm pening2 tu aku pun ajar la diorang main permainan tu.

1. mula2 buat bulat macam ni. Dulu kitorang main kat pasir,tp kat rumah aku ni semua bersimen so lukis je la guna arang yg mak aku letak kat dlm pasu orkid dia


2. Mula2 dik Da jalan dulu. Masa ni dia dengan penuh konsentrasi lg. Siap ade guli berkuasa lagi. Sebab guli tu je lain skit sebab dia kaler ijau. Kira sape2 dpt guli tu kuat le.

3. Pastu Kak De pulak jalan. Adik dia duk pandang2 sbb masa ni Kak De dah mendahului adik dia.
Last2 Kak De dah menang dengan mendahului 5 biji guli dari adik dia. Ape lagi terus la menangis x pueh hati si adiknye. Aku mmg malas la kalau bab2 camni. Selalu kalau main mmg dia akan nangis la kalau kalah. Kalau dia menang bukan main lagi duk perli2 org.

Pujuk punya pujuk punya pujuk x jalan2 jugak. Last2 motor org jual aiskrim mat kool lalu. Aku pun tahan le. Beli kan dia satu. Terus diam. Sib baik la uncle aiskrim tu lalu. Kalau x..xtau la kul bape baru berenti.

Isnin, 25 Januari 2010

My Dream ..

Lately ni rasa mcm suka sgt tgk dapur2 yang cantik menarik. Tertanya2 jugak, agak2 bila la aku ni dapat merasa ada dapur2 yang kat bawah ni ye??








Dan dapat masak makanan2 di bawah ni..

Peppered Ribs Roast

Chocolate Snow Ball

Aloha Brittle
Angel Food Cake Roll
Dad's Best Barbecue

Tunggu la kalau dah ade dapur camtu, aku post la recipe2 dan cara2 nak buat makanan2 kat atas tu,hehe.

kitchen foto credit here
Food foto credit here