Rabu, 7 Januari 2009

Aku Puas!!


Kalau dengar tajuk post aku kali ni cam berbaur lucah kan??..tak...tak..takde niat dan takde ape pun yang lucah untuk post aku kali ni.Cuma aku puas sebab aku dapat melihat team futsal yang agak berasa bagus dilunyaikan oleh team budak bawah 18. Team yang membelasah tu plak team adik aku. Aku la yang menguruskan untuk jumpa dengan team tu. Aku pun tak tau kenapa aku sangat konpiden yang team adik aku boleh melunyaikan team tu.

Ahad baru ni adik aku cakap yang malam tu team dia xada sapa nak lawan tapi diorang dah book court. Aku pun terfikir ke team yang tu... Terus la aku telefon ketua team yang tu... Dia siap cakap, "kalah bayar la"..Wah!! berlagak sungguh. Tapi x jadi sebab last minit.

Esoknya..pukul 5 petang aku dapat sms dari team yang tu.. ajak team adik aku lawan mlm tu. Tak sabar2 plak tu suruh aku balas sms dia segera. Aku call adik aku tp dia x angkat telefon sebab dia sedang training bola. Jadi aku pun menelefon kawan adik aku ni. Sib baik ade no budak tu. Tu pun sebab adik aku selalu jadikan telefon aku ni public fon x berbayar dia kan.

So malam tu start kul 11 diorang lawan. Aku mengantuk giler dah mase tu. Tapi aku drive gak la semangat punye pasal nak tengok team yang tu..kena blasah.hehhee. Sempat jugak la pekena nescafe kat kedai Char Kue Tiew semata2 nak kasi x mengantuk.

Sampai2 tu. Adik aku deal la nak main camne. Ade ke team tu ajak main bayar 50-50. Adik aku xnak. Selalu dia main kalah bayar, tak pun kalah bayar 70 menang bayar 30.Pastu ade la suara sumbang sorang mamat ni duk bising2 kat luar pasal adik aku mintak kalah bayar. Bising2 tapi x main pun. Mamat tu memang kecohhhhhhhhhh je lebihnye.

Permainan pun bermula. Seminit je adik aku dah score segol.Team yang tu..dah xleh duk diam. So diorang pun balas balik. Aku pun dah makin seronok dah x mengantuk. Aku sorang je tepuk dan menjerit mase diorang goal. Yela..aku sorang je pun pompuan kat situ. Kawan2 adik aku duk control macho. Tapi ade la 2 perkataan aku blajar dari budak2 tu.

1. Koya skill
2. Stok menganjing

Koya skill tu bermaksud asyik bermain dengan penuh skill. Budak bawah 18..wat do u expect, mesti la bermain dengan main2.

Stok menganjing tu plak, maksudnye lebih kurang sama dengan kat atas. Iaitu main dengan main2.Susah la nak explain..

Ok back 2 the story. Lepas 1/2 jam main. Team adik aku dah menyumbat 10 gol. Team yang tu.. aku tengok muka dah stress. Nafas dah mencungap. Dan cik abe kat luar yang bising tadi tu pun dah jadi bisu. Tiba2 cik abe tu panggil aku. "Ti..sini jap". Aku tanye la nape. Dia jawap, " betul ke adik ko ajak main kalah bayar". Aku jawap le.."mana le aku tau, dia bincang ape ngan korang tadi?". Dia jawap.."Dia ajak kalah bayar". "So.. ada masalah ke?" aku jawap le balik. Tiba2 ada la sorang lagi mamat ni tiba2 menyampuk. "Consider la skit..diorang ni ada anak2 kat rumah" . Ekelehhhhhhhh pehal plak. Setau aku yang main2 tu semuanye bujang2. Tu la dia...bile dah nak kalah tu dan2 semua alasan keluar. Mase tu gak aku tanye cik abe tu. " Ko pesal x main?" dia jawap.."aku letih la Ti, baru pas balik badminton ni". Aku balas "yeke? ke takut kena blasah" Dia jawap.."Eleh..adik ko tu lawan team veteran boleh la". Pergh..dia jawap camtu. Aku pun melancarkan serangan balas semula. "Ai..sejak bile plak rase diri veteran ni? selama ni selalu je ngaku muda, x kawin lagi..skang tiba2 lak rasa diri tua?. Mamat ni dah kawin. Bile aku jawap camtu berasap gak le dia.Muahahahahahah.. padan muka ko! :p

Kul 12 maka berakhirlah permainan. Team adik aku telah mengalahkan team yang tu.. dengan menjaringkan 14-0.Wah!! syok la aku tengok. Tersenyum aku, walaupun bukan aku yang main. Aku puas hati sebab team ni selalu rembat kaki orang time ade tournement kat opis aku. So..bile team ni kena blasah, memang best aa. Cuma aku x puas hati sebab diorang main emo la. X semua tapi ade la beberapa org. Walau ape2 pun. Semua ni menjadikan aku bersemangat nak main futsal semula. Tak sabar nak tunggu interdepartment games tahun ni. Yatta!!!

4 ulasan:

manisz berkata...

padan muka "team yang tu..".. wakakakakakakakka..

mia berkata...

Muahahahahahahha..

namzahs berkata...

Ya Allah!! kau jadikanlah diantara mereka ini pemain bolesepak yang berjaya, yang tidak putus2 belajar untuk menyarung jersi kebangsaan bagi memulihkan maruah bolasepak negara.. aminnn.. :D

mia berkata...

Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...:)