Rabu, 28 Januari 2009

Apa aku tau pasal Kak Sham




1. Kak Sham ni beza umor dia ngan aku ialah 6 tahun tapi aku rasa macam dekat2 je umo kitorang. Xtau la sama ada aku ni rasa matang ataupun dia yang rasa muda,muahahaha..tapi dia kalau time membuli aku memang suka wat aku ni cam kanak2 la.

2. Dia ada family yang sangat peramah. 1 family la senang cite. Diorang dia panggil aku manja..opss!! jgn salah sangka, bukan sebab aku ni manja ngan diorang,tapi sebab sempena cite Manjalara tu...x kisah pun, janji glamour,kekeke

3. Minah ni sangat la peramah dengan org. Aku rasa aku ni peramah dah..tp bila kenal dia, kalah la keramahan aku. Ramai le mak2 orang nak wat dia menantu.

4. Dulu dia blaja kat UITM, amik kos seksiteri. Kawan2 dia ramai yang berblog. So aku ni boring2 baca la kawan2 dia punye blog, syok sebab kawan2 dia giler2 gak cam dia,hehehe.

5. Mula2 kenal dia dulu mase tu kitorang training bola jaring sama2. Ada ke patut dia panggil aku kak. Hanginnnnnnn jek.

6. Dia ni kadang2 jadi banker aku gak. nak2 time sesak2, hehehehe

7. Org penting yang menggalakkan aku berblog.

8. Teman sms bile nak kutuk2 artis kat tv

9. Ada pakwe botak, kaya dan kelakar, Weh!! bilenye Abg Usop tu nak banje aku mkn??

10. Dia x mkn pedas, ape le..x advanture langsung minah ni.



10 perkara perlu tau pasal aku

1. Aku ni peramah

2. Suka baca buku, tapi buku2 sastera dan komik jepun

3. Aku suka eksperimen pada masakan aku. Campur ni..masuk tu..tadaaaaaaaa..selalunye kalau x adik2 aku yg kena rasa, aku selalu kasi kat Arif rasa.Tapi Arif suka komplen, tp pas abis semua licin la br dia komplen.

4. Sukaaaaaaaaa sgt2 pada budak2.

5. Aku selalu gaduh ngan mak aku, aku pun x tau nape. Tapi aku la org yang paling suka buat hadiah time besday mak aku.

6. Ada 10 org adik beradik. Semuanye perangai cam "hantu", heheheh

7. Suka pada barang2 klasik. Dan aku jugak suka dengar radio, klasik nasional

8. Aku x suka org luar kutuk2 org Kuantan.

9. Sukaaaaaaaaaaaaa sgt mkn kuih wade, ala kuih kacang dal goreng tu.Org India sll jual.

10. Suka manja dengan org yang boleh aku bermanja,ahaksssss!!

Tag ni aku nak kasi pada Kak Sham gak, so kak Sham ko kena wat pasal aku plak.

My new gadget


Memandangkan permintaan dari Kak Sham dan jugak Kak lin mintak aku postkan entri pasal gadget terbaru aka adiah besday dari yang tersayang..hik..hik... W660i. Best le nset ni, kire terubat la kerinduan aku pada nset lama tu. Antara spec2 dia ialah:

- camera 2 megapix
- 3 g

Tu je la..aku pun x tau nak tulis ape sebenarnye..ape2 pun thanks arif..:)

Isnin, 19 Januari 2009

Selamat Hari Tua..

Pagi ni..sampai2 je Kak Sham ngan Kak Riza dah wish epi besday kat aku. Pastu Kak Riza bg aku satu beg kertas. Bukak2 dlm dia ada pai. Terkejut aku,hehehe..tapi rasa seronok sgt2. Pai ni isteri Juraimi yang buatkan dan diorang dah plan utk bagi aku pada hari ni. Terima kasih la banyak2 ye. Aku terharu sangat. Pukul 7 pg tadi pulak kawan aku Hisha ade call, wish birthday kat aku. Hehehe..ingat jugak dia kat aku. Terima kasih jugak pada Hisha.


Potong jgn x potong!!


Yummy..

Ape2 pun terima kasih la ye..Terima kasih jugak pada Abg De aku sebab wish. Terkejut jugak sebab rasanye dah lama dia x wish. Ape2 pun ati hargai sangat2. Terima kasih.. :)

P/s: Aku nak wish jugak kat aku..Hepi birthday myself yang ke 24th!! huhuhuhu

Khamis, 15 Januari 2009

Kisah Klasik Untuk Masa Depan


Gambar ni ambil pada tahun lepas. Tapi baru je tadi duk edit2 kat photoshop. Aku suka gambar macam ni, nampak klasik.

Rabu, 7 Januari 2009

Aku Puas!!


Kalau dengar tajuk post aku kali ni cam berbaur lucah kan??..tak...tak..takde niat dan takde ape pun yang lucah untuk post aku kali ni.Cuma aku puas sebab aku dapat melihat team futsal yang agak berasa bagus dilunyaikan oleh team budak bawah 18. Team yang membelasah tu plak team adik aku. Aku la yang menguruskan untuk jumpa dengan team tu. Aku pun tak tau kenapa aku sangat konpiden yang team adik aku boleh melunyaikan team tu.

Ahad baru ni adik aku cakap yang malam tu team dia xada sapa nak lawan tapi diorang dah book court. Aku pun terfikir ke team yang tu... Terus la aku telefon ketua team yang tu... Dia siap cakap, "kalah bayar la"..Wah!! berlagak sungguh. Tapi x jadi sebab last minit.

Esoknya..pukul 5 petang aku dapat sms dari team yang tu.. ajak team adik aku lawan mlm tu. Tak sabar2 plak tu suruh aku balas sms dia segera. Aku call adik aku tp dia x angkat telefon sebab dia sedang training bola. Jadi aku pun menelefon kawan adik aku ni. Sib baik ade no budak tu. Tu pun sebab adik aku selalu jadikan telefon aku ni public fon x berbayar dia kan.

So malam tu start kul 11 diorang lawan. Aku mengantuk giler dah mase tu. Tapi aku drive gak la semangat punye pasal nak tengok team yang tu..kena blasah.hehhee. Sempat jugak la pekena nescafe kat kedai Char Kue Tiew semata2 nak kasi x mengantuk.

Sampai2 tu. Adik aku deal la nak main camne. Ade ke team tu ajak main bayar 50-50. Adik aku xnak. Selalu dia main kalah bayar, tak pun kalah bayar 70 menang bayar 30.Pastu ade la suara sumbang sorang mamat ni duk bising2 kat luar pasal adik aku mintak kalah bayar. Bising2 tapi x main pun. Mamat tu memang kecohhhhhhhhhh je lebihnye.

Permainan pun bermula. Seminit je adik aku dah score segol.Team yang tu..dah xleh duk diam. So diorang pun balas balik. Aku pun dah makin seronok dah x mengantuk. Aku sorang je tepuk dan menjerit mase diorang goal. Yela..aku sorang je pun pompuan kat situ. Kawan2 adik aku duk control macho. Tapi ade la 2 perkataan aku blajar dari budak2 tu.

1. Koya skill
2. Stok menganjing

Koya skill tu bermaksud asyik bermain dengan penuh skill. Budak bawah 18..wat do u expect, mesti la bermain dengan main2.

Stok menganjing tu plak, maksudnye lebih kurang sama dengan kat atas. Iaitu main dengan main2.Susah la nak explain..

Ok back 2 the story. Lepas 1/2 jam main. Team adik aku dah menyumbat 10 gol. Team yang tu.. aku tengok muka dah stress. Nafas dah mencungap. Dan cik abe kat luar yang bising tadi tu pun dah jadi bisu. Tiba2 cik abe tu panggil aku. "Ti..sini jap". Aku tanye la nape. Dia jawap, " betul ke adik ko ajak main kalah bayar". Aku jawap le.."mana le aku tau, dia bincang ape ngan korang tadi?". Dia jawap.."Dia ajak kalah bayar". "So.. ada masalah ke?" aku jawap le balik. Tiba2 ada la sorang lagi mamat ni tiba2 menyampuk. "Consider la skit..diorang ni ada anak2 kat rumah" . Ekelehhhhhhhh pehal plak. Setau aku yang main2 tu semuanye bujang2. Tu la dia...bile dah nak kalah tu dan2 semua alasan keluar. Mase tu gak aku tanye cik abe tu. " Ko pesal x main?" dia jawap.."aku letih la Ti, baru pas balik badminton ni". Aku balas "yeke? ke takut kena blasah" Dia jawap.."Eleh..adik ko tu lawan team veteran boleh la". Pergh..dia jawap camtu. Aku pun melancarkan serangan balas semula. "Ai..sejak bile plak rase diri veteran ni? selama ni selalu je ngaku muda, x kawin lagi..skang tiba2 lak rasa diri tua?. Mamat ni dah kawin. Bile aku jawap camtu berasap gak le dia.Muahahahahahah.. padan muka ko! :p

Kul 12 maka berakhirlah permainan. Team adik aku telah mengalahkan team yang tu.. dengan menjaringkan 14-0.Wah!! syok la aku tengok. Tersenyum aku, walaupun bukan aku yang main. Aku puas hati sebab team ni selalu rembat kaki orang time ade tournement kat opis aku. So..bile team ni kena blasah, memang best aa. Cuma aku x puas hati sebab diorang main emo la. X semua tapi ade la beberapa org. Walau ape2 pun. Semua ni menjadikan aku bersemangat nak main futsal semula. Tak sabar nak tunggu interdepartment games tahun ni. Yatta!!!

Isnin, 5 Januari 2009

Ip Man


Filem aksi yang bagus..tak ada masa pun yang membosankan. Cerita ni mengisahkan tentang kehebatan tok guru Bruce Lee yang bernama Ip. Berlatar belakangkan zaman peperangan antara Jepun dan China. Pada korang2 yang dah lama nak tgk cite kungfu best..filem ni direkomenkan oleh aku..selamat menonton :)