Isnin, 8 Oktober 2012

Jalan2 Segamat

Weekend baru ni, aku & hubby balik Keratong. Aku dah 2 minggu x balik sebab Dr. x bagi travel sgt. Jadi weekend ni aku balik la. Hubby pun katanya nak siapkan pasang jubin kat toilet yang baru je siap. Selama ni toilet jauh kat luar rumah. Malam2 memang aku seram la nak keluar sbbnya blakang toilet tu gelap gelita. Yang jadi mangsa mesti lah suami ku itu. Kadang2 dia pun naik angin jugak baru nak lelap org dah gerak. Nak2 bila pregnant ni kejap2 rasa nak kencing. Jadinye..dia pun buat kan lah toilet yang memang betul2 dlm bilik. 1 untuk mak dia, 1 untuk bini dia yang suka kencing ni. So kami bertolak balik tu hari Jumaat pas maghrib. Esoknya mak mertua aku ajak pergi segamat. Katanya nak beli kain nak buat barut baby aku. Aku pun cakap nak buat barut baby lain dr yang lain. Selalunya org guna kain putih kan? aku guna kain corak2 katun. Ni semua sebab terpengaruh majalah Pa & Ma. Cantik pulak aku tengok. Dalam masa yang sama memang hubby nak cari pemotong jubin & mentol lampu nak pasang dlm toilet. 
 
Maka bermula lah perjalanan kami ke Segamat. Kami bertolak dlm pukul 11. Sampai pukul 12 sebab dr Keratong ke Segamat dekat sejam jugak perjalanan. Paling dekat Muadzam tapi bandar Muadzam xde banyak pilik dan jugak suram je. So kitorang pergi je Segamat dah alang2 kan.

Kedai yang mula2 di tuju ialah kedai kain Nagoya. Nampak x sales girl tu pegang kain tu. Baru rm 2.50 je semeter. Yang dia pegang tu aku buat sarung bantal & sarung tilam baby. Yang oren ada teddy bear merah tu pulak untuk barut baby. Yang ni mak mertua aku sponsor.

 Pastu mak mertua aku ajak pergi supermarket pulak. Katanya nak cari selipar dia. Tapi dia x beli pun selipar, last2 dia sambarnya barang2 baby aku. Semua dia sponsor kecuali baju tu je. Naik segan plak aku. Dia kata xpe la..dia nak belanja katanya.
 
 
 
 Pastu katanya dia nak sgt makan KFC. Nak minum air cola katanye. Aku ngan hubby pun bawak dia makan KFC. Tu pun dia nak bayar, aku cakap xpe la..aku suh laki aku bayar,hehhee.

Last skali kitorang pergi kedai rm 2.00 kat sana. Borong pisau untuk mak aku. Rumah mak aku tu pisau semua dah tumpul. Bak kata pepatah..potong taik pun x lut. So aku beli 3 skali. Siap pesan jangan bawak turun tanah plak pisau ni. Mak aku tu semua mende dia potong, pokok dia la..korek tanah la guna pisau sama. Mana x tumpul cenggitu?

So pas abis shoping kitorang balik ke Keratong. Sampai tu kira2 pukul 3 petang. Penat tapi rasa seronok sebab gembira plak tgk barang2 baby tu. Excited :)


 

 

 

Roti Kawin

 
Lunch hari ni, aku ajak hubby pergi makan kat Old Town. Semua ni gara2 abg aku yang duduk kat Sg. Buloh tu upload gambar dia anak beranak & kakak aku pergi makan roti kawin. Terliur betul aku. Ingat kan area KL je..skali bila tanya jauh nun di Tg. Malim. Adoyai..So awal2 lagi aku dah sms hubby mintak bawak aku pergi makan roti kawin kat Old Town.
 
 
Bukan main sedap lagi anak buah aku tu makan roti kawin. Keenakan marjerin + kaya tu mmg x dinafikan sedapnya. Siap ada ayat..sidaknyeee!!. Jadi tanpa menghiraukan kesesakan lalu lintas dan hampir 4 kali pusing mencari parking, akhirnya dapat la juga mak buyung ni merasa roti kawin walaupun bukan Tg. Malim mari.
 
Ok..mari order..Kusyuk tengok menu sedap2.

 
 
White Coffee tu aku punya..yang black tu hubby punya.


Garlic bread pun aku punya..sbb memang peberet la garlic bread ni.
 

 Nasi ayam tu hubby punya, dia pelik jugak sebab aku cuma makan roti je. Yang gelap tu la roti kawin aku. Sedap tapi sikit la..2 set roti la aku makan. Semua tu pun dah 21 ringgit. Alahai..nak wat camne dah ngidam kan?
 

Tapi alhamdulillah memang sedap rasanya. Dapat juga merasa roti kawin ni. Mungkin kalau ada rezeki dan hubby nak layan kemanjaan aku ni, dapat la kot merasa yang Tg. Malim punya..masih berharap..hehe.

Dalam Gobok

Pagi ni buka hard drive, nampak pulak gambar2 lama. Ni semua gambar masa sehari selepas kenduri dan akad nikah. Kitorang buat sekaligus pagi akad nikah tengah hari sanding. Jimat cuma penat skit la.
 
Masa ni kitorang satu family pergi piknik kat Pantai Sepat. Kalau piknik memang pantai ni menjadi pilihan keluarga kami. Kawasan cantik dan banyak parking.
 
 
 
 
Gamba ni masa arif duk bebel ke aku. sempat lagi tu.

Tengok tangan aku, inai masih merah..awww!
 

Asyfa dengan ayahnya..omey adik Affa.
 

Ayen & Iskandar
 
Kanak2 macam biasa main pasir.

Tengok2 gambar, kalau x berkenan leh delete
 
4 anak perempuan keluarga kami. 2 dah selamat tinggal lagi 2 belum disunting.
 

Ko tengok kakak aku..sempat lagi wat muka lawak.

Ayen ngan abohhh dia

Abg Long @ wali kami

Adik aku perempuan yang bongsu. Bersama dengan pakwe dia yang datang jauh dari Kuala Kangsar Perak. Cinta muka buku ni. Masa kenduri aku ni 1st time diorang face to face. Skang ni pakwe dia kat Yaman sambung study, lagi 2 tahun baru balik. Kesian..hehe