Maaf juga sebab dah lama x kemas kini blog. Sibuk persiapan kawin sampai lepas kawin pun sibuk. Walaubagimanapun, keiginan nak menulis tu sentiasa ada.
Untuk makluman semua, sekarang saya dah berbadan dua. Dah 18 minggu mengandung. Alhamdulillah..selepas saya keguguran pada kandungan yg pertama, Allah telah mengurniakan saya kandungan yang kedua dan dijangka akan bersalin pada 28 Januari 2013.
Sempena raya ni, saya upload kan gambar2 saya & family beraya. Cekidaut!!
Saya & suami pertama kali beraya sebagai suami isteri. Teruja!
Minta maaf,minta ampun bang..mintak duit raya.
Yang ni geng anak,menantu & cucu mak saya. Sebelah mak tu abg yang sulong. Best tahun ni dapat duit raya dari dia. Tq Long
Kak Lin & Pok Jib. Kitorang sama anniversary sbb nikah & kawin tarikh sama..hik hik
Anak buah saya yang sulong bergambar dengan adik2 sepupu dia. Tahun dia kesian dia kena masuk PLKN
Pelik juga..kitorang ni xde pun keturunan jawa, tapi abg aku ni tiap raya nak pakai songkok jawa dia tu..koya2
Ejak dengan family dia.
Ni adik aku yang masih single, tapi not availabe kot. Yang tengah tu available..hehe
Andak..adik mak saya & anak2
Abjai family.Tahun ni wife dia x bawak pulak kerepek2 dari Sg. Besar.
Kami dengan anak Ejak yang mmg manja sangat dengan suami saya. Pantang nampak mesti nak dukung.
Last..gambar giler2 dari kami..tahun ni saya x giler sgt, kontrol skit almaklumla dah kawin & bakal jadi mama lak tu..hehe = )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan