Ahad, 20 September 2009

SELAMAT HARI RAYA



DARI KAMI SEKELUARGA

Khamis, 17 September 2009

Tag Puasa by Kak Sheila

5 perkara yang anda suka tentang bulan puasa?
- boleh balik awal, kul 4 da bleh balik
- boleh rasa air yang macam2 perisa
-Tiap2 ari dengar tazkirah
-terawikh
-jadi baik skit la..

5 perkara yang best masa bulan puasa?
- Byk sales time shoping
- Bazar ngan macam2 jenis makanan
- Macam2 jenis resepi aku wat
- Seronok bila duk cari2 barang2 nak raya ngan family
- Bos x marah2 sgt..

5 jenis makanan/minuman yang wajib ada masa buka puasa?
- Nasi...kalau makan mee ke ape ke yang lain, sure ngah malam2 kang cari nasikkkkk jugak.Kuih muih ni memang ditolak tepi.
- Air plak aku suka laici kang or soya. Tapi tahun ni aku asyik sakit tekak, so aku just byk minum air milo suam n air suam jek.
- Murtabak mmg akan jadi sedap bila time pose. Time x pose x tau la nape xde nafsu aku nak makan mende ni.
- Tahun ni aku byk masak ikan dari daging dan ayam sbbnye akak aku niaga bazar ayam berempah kan, so da naik takut aku tgk ayammm jek.
- Tahun ni aku minum air gas jugak. Tp pas buka pose la. Tp peberet aku ialah air 100 plus oren.


5 perkara yang wajib anda lakukan sebelum berpuasa?
- kalau sebelom bulan pose, aku akan berlatih pose sunat dulu, nak membiasa kan diri,heheh cam budak2 plak.
- Sebelom tido tu niat dulu
- Cek alarm. Aku kadang2 sahur kadang2 x sebabnye aku x tau la kadang2 bunyi alarm aku tu, kadang2 time dia bengong dia x bunyi, sedar2 aku dah dengar org azan subuh jek
- So supaya tidak la kelaparan sgt, aku pun makan lewat2 skit sebelom tido. So kalau telepas sahur pun ok lagi
- minum air masak banyak2 n makan ubat ke ape ke.

5 cerita best/tak best puasa anda?
- masuk tahun ni dah 7 tahun x leh berposa ngan Arwah Abah. Kalau x dulu, abah la org yang akan gerak kitorang semua bangun sahur. Abah memang xpenah miss sahur. Kul 4 dia da bangun gerak kitorang. Dia selalu puji mak masak. Time tu mak selalu wat nasi goreng time sahur. Memang bestttttt walaupun mak cuma letak lada, bawang putih ngan telor je.
- Sedih sebab ade miss x pi terawikh..
- Letih je selalu, tambah plak tahun ni x bape sihat
- Kuih raya x buat lagi ni!!!
- Aku x suka time pose ni aku selalu rasa sakit perut dan jugak rasa nak muntah

5 orang yg tepaksa bocorkan rahsia puasa dorang?
- sape2 je.. sebabnye dah nak raya ni, yehooooooooooooooo!!

Jumaat, 11 September 2009

Kenangan Puasa..

Em.. x sangka dah hari ke 21 kita berpuasa. Minggu depan dah raya. Sepanjang bulan pose ni alhamdulillah, byk aktiviti berfaedah aku ikuti kat opis ni. Setiap tengah hari ada tazkirah. Kami bergilir2 bg tazkirah sesama kami. Time zohor pulak berjemaah.

Rabu, 2 September 2009

Nasi Daun Pisang

Semalam.. 1/9/2009 mak aku ajak pi buka pose kat Alif Curry House. Dia nak pekena nasi daun pisang kat restoren tu yang memang kegemaran dia. Aku pun kasitau sama kakak aku yang masa tu tengah kat bazar meniaga. Dia ok je. Tapi kitorang pergi lepas maghrib sebab kalau pi awal2 pun org ramai. Mesti meja penuh.Kakak aku pun mesti x sempat nak kemas2 barang2 niaga lagi so aku beli murtabak n buat air teh o utk buke dulu. So pas akak aku balik, kitorang pun bersiap2 la utk sapadekkkk..

Sampai sana org dah xde, ada la dlm 2 org je customer. Kami sampai tu dlm pukul 8.15 pm. Kakak aku order kari kepala ikan merah. Adik2 aku plak sibuk order ayam goreng, pelik aku, dah la tiap2 ari jual ayam goreng, xkan le x puas2 lagi adik2 aku tu.Tapi betul jugak sbb kitorang x sempat pun nak rasa ayam goreng kitorang tu. Aku oder tandori satu. Kasi masam2 skit baru best.








Pas makanan sampai tu kitorang pun santap la, kenyang dan puas hati walaupun agak lambat skit. Kari dia mmg kawwwww punya la. Aku suka. Adik aku yang bongsu tu pas abis makan nasi tu boleh plak dia mintak megi goreng, gilaksss betul. Badan je kurus tp selera makan cam singa,hehehe.

Selasa, 1 September 2009

weekend baru ni..

Puasa mengajar erti sabar. Satu hari tu aku x bangun sahur. Sedar2 dah azan subuh. Pagi nya dalam pukul 8 lebih aku bertolak ke pasar beli barang utk niaga. Kakak aku x berapa sihat. So aku dan adik aku pi beli barang. Hari tu letihhhhhhhhhh sgt2, Aku menepek cam budak 5 tahun baru nak belajar pose.Seriussssssss x larat. Tapi alhamdulillah aku berjaya abiskan pose. Malu la kalau x pose.

Sok harinye aku bangun ngan jayanye bersahur. Siap bakar ayam dalam microwave,huhhuhuh. Pas makan2 minum air 100 plus utk kasi tenaga. Esoknya aku berjaya puasa tanpa letih dan jualan pun sold out. Hari ni di upgradekan kepada 30 ekor ayam dan 2 dapur utk menggoreng ayam. Sebelum ni 1 dapur je. Lambat, cian customer terpaksa tunggu.

Semalam, sebab aku bertenaga, pas je buke minum air dan mkn kuih..aku siap2 mandi solat then terus kuar pi Kuantan Parade ngan Arif. Dia ajak pi mkn satay Zul dan beli barang skit kat The Store. Pas cari barang2 dapur, aku ajak dia pi singgah kedai mas jap. Agak lama la kitorang kat situ. Last2 aku amik sebentuk cincin. Simple je cincin tu. Utk pakai2 blasah.



Pas tu..kami pun pi Satay Zul, tp malangnya tutup plak Satay Zul ari tu. Cedih aku, kempunan nak mkn satay. Kawan Arif ade kerja kat situ, so dia ingat nak jumpa la skali, tp sebab dah tutup..so kami pun makan kat Midnite food court dekat area Kubang Buaya. Sampai sana aku order makan, Arif minum je. Aku makan nasi ikan masak pedas. Sedapp.. Nasi putih pastu ade Ikan tenggiri goreng berlada. Perghhhh...mmg terangkat.

Pas makan2 tu kawan Arif tu pun datang, pas sembang2 kitorang pun balik. Arif pun dah ngantuk ngan letih sbbnye dia baru balik dari kampung. Sampai2 kat rumah abanglong aku ada. Kecut perut da ni, sebab agak lewat le aku balik. Sampai2 dia duk tanye pi mana. Aku jawap pi beli barang skit ngan pi beli cincin. Abg aku tu terkejut, terus dok tanya, cincin utk tunang ke??? Aku ckp x, sbb ni mmg cincin aku sendiri. Duit kumpul2. Sib baik dia x marah.Cuma dia tanya je bila nak tunang?? Aku jawap entah je. Sebabnya dia x tau pun aku ngan Arif rancang x nak tunang nak terus kawin je. Tapi x tau la famili aku ni setuju ke x. Harap2 diorang setuju la..