Isnin, 2 Ogos 2010
Leek
Semenjak dua menjak ni, aku sangat jatuh cinta dengan sayur ni. Dan sebab leek ni juga lah aku semakin suka makin sayur dan nasi tanpa lauk2 lain. Bila hujung minggu aku akan merajinkan diri pergi ke pasar utk mencari sayur ni utk digoreng bersama2 dengan sayur2 dan jugak kadang2 masak dengan ayam.
Kalau korang nak cuba boleh la dptkan sayur ni tapi org cina je la yang jual. Melayu xde jual sayur ni. Kalau nak tumis sayur tu x yah guna bawang putih or bwg merah dah. Gunakan sayur ni je utk menumis. Sangat lazat dan manis. Ni ada resepi yang ingin aku kongsikan bersama tp gamba xde la sbb x sempat nak amik gamba.
Bahan2:
Leek (dimayang kasar)
Sayur: aku selalu guna buncis,asparagus & Tauge cina (tauge yang ada daun)
Tauhu telur(potong kecik)
Tempe (potong kecik)
Kiub ikan bilis
sos tiram
Cara2:
Gorengkan tauhu telur sehingga garing dan angkat
Mayang2kan leek kasar2 dan tumis dlm minyak yang panas
Masukkan tempe dan kiub ikan bilis
Setelah tempe agak mesra masukkan kesemua sayur dan sos tiram serta sedikit air
Setelah agak mesra masukkan tauhu telur yang telah digoreng td dan kacau
Angkat dan hidangkan ketika panas bersama nasi putih.
Langgan:
Catatan (Atom)