Rabu, 3 Mac 2010

Hari Pertunangan

Alhamdulillah..seperti yang di rancang, 27 February baru2 ni aku selamat bertunang dengan Mohamad Arif bin Hamzah. Aku mengenakan jubah dress warna pink dan dia pula memakai kemeja warna sama.

ngah siap2 mase ni, pakai make up kawan aku, madi nama dia. Dia la make up dia la tukang amik gamba. Yang tgn tengah pegang kepala aku tu, tgn mona..Dia bab belit2 tudung ni mmg pakar. So haruslah aku menggunakan kepakaran dia.

dekat kul 1 rombongan lelaki pun sampai, jenuh gak le menunggunye..tu baru 2 biji keta sampai,ade lg ngah cari parking.

Sempat lagi aku jenguk2 ikut tingkap..hehhe, btw aku suka gamba ni, tq madi.

mase ni diorang tengah berbincang..dan bersepakat mengadakan kenduri tahun depan.

turun dr bilik utk upacara sarung cincin.

cincin selamat disarungkan.

akak aku pun dpt hadiah sbb aku ni melangkah dia..

Arif kena tunggu kat luar..hehe

7 berbalas 9..Pink dari Arif dan Purple dari tunangnye

Pas bincang2 ape lagi..santap le. Kami buat Nasi Arab. Tq pada chef aka adik aku kerana masakan yang sodap.

kawan2 adik lelaki aku pun turut hadir.

Eh..eh..tunang aku pun sibuk skali.

ni spokeperson family kami. Abg sulong aku.

His wife..

my sis in law jugak dan Ayrissa

adik2 aku aka dayang2

mak aku n abg ipar Arif. Abg Sarip nama dia. Sgt peramah orgnye,hehe

Tq Kak Sham n Kak Fiza kerana sudi datang

Kakak aku cam biasa..suka tunjuk2 perut aku,heheh.

Meet the photographer, Madi.


Org kuat selain family aku, Puan Mona. Tq for all :)
anak buah & anak2 kawan2

Gamba tuan blog mesti kena ada la kan..wajib.

Walaupun cuaca panas hari tu, sampai dekat sekotak gak aku lap peluh, tp alhamdulillah semuanye berjalan lancar. Macam x percaya jugak aku dah jadi tunangan Arif. Bila kenang2 balik memang kelakar jugak. X sangka lelaki yang aku jumpa 6 tahun lepas di Kuantan Megamall telah menjadi tunang aku hari ni. Nak2 pulak kawan aku yang kenalkan. Mail.. terima kasih la ek,hehe. Mail ni dulu satu matrik dengan Arif ni. So sll ujung minggu Mail akan ajak aku kuar. Mail ni kawan baik aku. Satu sekolah dulu. Satu hari tu, kitorang jumpa dan dia ada bawa Arif ni skali. Mase 1st time jumpa, malu2 gak la. Aku ingat lagi dia pakai baju kuning cair. Aku pun x tau la nape sampai skang ni aku ingat lg.

Kitorang pun jalan2 la. Dari Megamall tu jalan kaki ke Mydin. Jauh giler, tapi redah je. Nak jimat duit kalau naik teksi kena bayar. Teman la Mail ni beli tie. Masa tu aku dah ramah tamah dah dengan Arif ni. Siap komen2 pasal Mail lambat pilih tie. Skang ni bila pergi Mydin je, mesti kitorang ingat balik peristiwa tu. :).. Berbalik pasal cite lama aku tu, pas pi mydin, kitorang pun bertolak la pergi ke stesen bas Benteng Kuantan. Masing2 nak balik ke rumah masing2. Arif duduk jauh kat Keratong. Tapi kitorang semua leh amik kat kat situ je. Sementara tunggu bas tu, kitorang lepak kat tepi sungai. Mail tiba2 kata nak pergi beli air. Aku mmg nak sangat ikut dia, tp mail suh aku tunggu ngan Arif. Saje je Mail..aduhhh..mmg aku nerves giler mase tu. Sib baik la Arif ni pandai stat perbualan. Dia tanye aku ni org mana, pastu dia siap bgtau dia tu org Banjar. Aku mase tu x tau pun ade keturunan Banjar. Selama ni aku tau Minang, Bangkahulu ngan Jambi je. Tu pun sbb aku ade keturunan tu. Rupe2nye org banjar ni ramai kat kawasan Perak dan Selangor.

Lama jugak Mail tu pergi beli air sampai sempat la Arif tu cite zaman dia budak2 dulu, dari darjah 1-6 mak dia pakaikan dia bedak sejuk kat muka dia pergi sekolah. Banyak nye dia cite pasal diri dia. Aku agak segan masa tu, so aku just dengar n gelak2 je. Lepas balik tu, kami x de pun tukar2 no. Walaupun mase tu aku ada telepon, tp x terfikir pun nak tukar2 no fon.

2 tahun lepas tu, aku jumpa Mail semula, kitorang keluar ngan kwn sorang lg. Mail ajak pergi cc. Masa tu dia budak2 mmg tengah giler dengan Friendster. Bila Mail tau aku xde akaun frenster tu, dia terus watkan utk aku satu. Pastu dia tunjuk la kawan2 kitorang satu sekolah dulu, ramai..sampai la dia tunjuk frenster Arif. Dia suh aku tegur Arif kat ym. So aku pun tegur la Arif. Dari situ hubungan kitorang bersambung semula. Walaupun mase tu kawan je dan sll on off on je off je. Sampai la dia abis belajar 2 tahun lepas, dia ajak aku keluar tgk wayang. Ingat lagi mase tu tgk cite Narnia & The Prince Caspian. Dia siap tanye aku, aku dah x pakai ke nset bergetah aku tu. Hehehe ..dulu mase 1st time jumpa, nset aku bateri dia longgar, so aku ikat ngan getah. Dia boleh ingat nset aku tu.

Bila dah grad, dia bgtau dia nak kerja kat Kuantan. Aku pun bgtau dekat tempat kerja aku ade nak pakai part time library. Dia pun apply..pastu dapat. So dia pun duduk kat Kuantan. Dekat la dengan aku. Satu rumah pulak dengan kawan2 aku. So kitorang byk lakukan aktiviti bersama. Main badminton tiap2 rabu. Pas kerja lepak2 kat kedai minum dulu. Tapi beramai2 la. Memang syok mase tu. Sbb rasa cam aku ni dah kwn lelaki diorang je.

Bila masuk bulan puasa je. Dia ade ajak aku buke puasa kat kampung dia. Aku suh dia call mak aku, mintak permission. Dia call, mak aku pun bg la. Stat dari situ la, rasa lain macam je antara kitorang. Sampai la 12 ramadhan 2008...dia melamar aku. Terkejut..mcm x percaya. Sampai aku ckp mintak tempoh seminggu nak pikir. Skali lusa dia ajak kuar. Malam tu aku bgtau aku setuju, hahaha. Konon kata seminggu, skali 2 hari dah bgtau.

Tula..Allah tu maha adil, dulu aku sll dikecewakan. Sampai satu tahap aku malas nak mengharap pada sape dan ada rasa putus asa jugak. Tp betul la org ckp..sabar tu iman. Bila jumpa balik Arif, aku sedar yang betapa besarnye kuasa Allah tu. Aku berdoa semoga panjang la jodoh kami sampai ke alam perkahwinan dan seterusnye sampai ke syurga.