Khamis, 14 Jun 2007

Inter Medic Games University Malaya








Pada tanggal 8-10 Jun yang lepas, aku dan atlit-atlit UIAM yang lain telah menyertai Karnival Sukan IPTA Perubatan di Universiti Malaya.Seramai 80 peserta dari UIAM yang bersemangat walaupun kalah teruk dalam kejohanan kali ini.(tahun-tahun lepas pun kalah teruk juga..hehehe)

Bagi aku menang ke kalah ke, tidak la merunsingkan aku, yang penting aku dan rakan-rakan ku sama-sama memeriah kan kejohanan kali ini.Kali ini aku turun bukan sebagai pemain bola jaring tetapi sebagai pemain bola tampar.Pasukan bola tampar ini adalah pasukan pertama UIAM perempuan(bangga juga ..) jadi kalau kalah tidak mengapa (nak sedapkan hati).

Rabu, 6 Jun 2007

Hadiah Hari Jadi


Semalam, abang sulong dan isterinya membawa anak-anak mereka berjalan di Kuala Lumpur.Di sana mereka berjumpa dengan kakak aku yang bekerja di Kuala Lumpur.Kakak aku menceritakan perangai anak buah aku yang bongsu pada aku yang memang sangat kelakar keletahnya di chat.


kakak aku: semlm jumpa dida
kakak aku: aku tengok le dia pakai selipar kaler pink..cantik..aku tanye le
kakak aku: sapa beli kan slipar adik ni..
kakak aku: dia kabo..adik laa
kakak aku: adik beli tendiyii
kakak aku: mana adik dpt duit?
kakak aku: pak tam beyiii
kakak aku: sejam lepas tu..aku tanye..cerita yang sama..
kakak aku: sejam lagi..pon cerita yang sama..
kakak aku: pastu aku tanye k long..
kakak aku: kak long cakap..masa hari jadi ika(kakak pada dida)..ijek(pak tam) bagi ke dia 50 sen
kakak aku: yang tu la dia gebang(heboh) ke semua org

aku tergelak sendirian selepas membaca kepelatan dia bercakap.Kalau la betul ni 50 sen tu boleh jadi RM50 kan bagus Dik Dida oi...