Rabu, 20 Januari 2010

Merendek bersama teman

semalam kawan ajak pi makan kat Chicken Rice Shop sempena besday aku. Ok la cuma waktu je la terhad skit. Kalau weekend maybe leh kuar lama skit sambil menonton wayang ke..karaoke ke. Ni antara makanan yang kitorang makan mlm td


Ni akunye..beef stew..ok le rasanye cuma daging agak liat dan berbau skit. lain kali x mo order dah yang ni.


ni Kak June punya. Asam fish. Mentang2 la org Melaka..mesti nak makan asam pedas jugak. Best..


Ni Kak Zanti punya. Biasa la orang diet mmg mkn mee je kalau malam. Tapi best, lain kali nak order yang ni plak.


Last skali mesti la amik gamba kan, me n Kak Zanti. Sori Kak June..lupa nak snap gamba akak.

Aku bermake-up ok malam tu. Tiba2 dtg mood nak make-up, siap pakai blusher lagi,hahaha.Kata besday girl kan. So kena la over2 skit.

Selasa, 19 Januari 2010

Selamat Hari Jadi

Hari ni genap 25 tahun aku bernafas. Byk yang dilalu dan dipelajari. Belajar jadi anak, belajar jd pelajar, belajar jd pekerja, jadi rakan, jadi makcik, jadi adik, jadi kakak, jadi kekasih dan jadi diri sendiri.

Kadang2 tanya dlm diri ni.. Aku hidup ni utk siapa? Adakah utk org lain? sebab..bila buat sesuatu mak selalu nasihat "fikir la jugak orang lain". Dan bila aku buat sesuatu yang aku rasa sesuai utk aku, ada plak org cakap aku ni pentingkan diri sendiri.

Entah la.. Hidup dlm dunia ni mmg byk yang perlu pelajari. Setiap tahun bertambah umur maka bertambah la tanggungjawap yang akan dipikul.

Terima kasih pada semua ucapan hari jadi dari semua dan terima kasih Kak June utk coklat ala2 hantaran gitu. Dan terima kasih Kak Syam utk video cute tu :)

Isnin, 18 Januari 2010

Aku Nak Cuti!!

Sejak dua menjak ni..rasa macam nak lari je..escape 2 another world!! Tapi mcm x berapa nak ada je duit utk semua tu. Semalam masa tengok tu, ada iklan pasal percutian percuma dari www.mastraveller.com

Syarat nak menang dia kena ramai mengundi. So..mintak jasa baik korang semua ek mengundi aku. Tapi tu pun kalau dia shortlisted kan je la,hehehe..ape2 doakan aku ye..

Destinasi yang aku pilih tu ialah Yangon. Kenapa Yangon?? sebab..dia xde pembangunan sgt dan semestinya aku x pilih indonesia sbb entah sejak sweeping Malaysia ni aku jadi takut plak nak pi Indon. Kang disantaunye.. x pasal2 aku x balik Malaysia dah..Nauzubillah..



Yangon bagi aku elok la utk menghilangkan tension dan jugak menikmati pemandangan dan alam semulajadi yang belum tercemar lagi (dlm masa yang sama nak shoping kain pasang kat sana.)

Yang best dlm pertandingan ni..aku boleh mengacara sendiri..ala2 Samantha Brown gitu.So ape2 pun..kalau aku tersenarai..plsss...plsssssssssssss vote for me!!

Selasa, 5 Januari 2010

rasa apa skang?

kepala ni agak pening..byk yang berlaku.

Kadang2 nak lari je..tapi sebab sayang pada seseorang so x jadi. Kalau lah dia tau perasaan aku sekarang ni macam mana, maybe dia akan mengerti.

Aku nak jaga hati orang lain tp kadang2 hati aku sendiri terluka. Tak adil semua tu jadi. Aku tau aku bukan la insan terpilih utk sape2 pun. Aku x sehebat orang lain. Tapi aku berhak jugak untuk dihargai..

Aku rasa mungkin aku selalu lupa pada Dia jadikan aku begini. Aku mudah cepat gembira dan lupa segala duka. Dorong la aku kembali ke pada mu. Sesungguhnya aku sangat2 sesak sekarang..

Khamis, 31 Disember 2009

The Good Old Days..

19 December lepas..aku bertolak ke Bentong untuk berjumpa kawan2 lama yang dah dekat 11 tahun x jumpa. Dulu aku pernah bersekolah di Bentong masa umur 11 tahun sampai la 13 tahun. Banyak kenangan2 yang memang x kan aku lupakan sampai la skang ni.

Aku mula berpindah ke Bentong pada tahun 1996. Kami duduk di Taman Muhibbah Benus Bentong yang sekarang ni masih ada tp memang berubah dah, x macam 11 tahun dulu. Rumah2 pun dah makin besar. Murah rezeki jiran2 aku dulu merenovate rumah yang dah ala2 bangalow. Teringat dulu pagi2 dah bangun seawal pukul 6 nak naik bas pergi sekolah. Bas amik kul 6.30. Gelap lagi masa tu. Padahal sekolah bukannye jauh pun dari rumah. Tapi sebab parents aku pun sibuk pagi2 nak bukak kantin kat kilang, terpaksa la kitorang naik bas. Tu satu hal..satu hal lagi terpaksa la berebut sbb budak2 tu jahat perangai, jenis x share, sorang duduk kerusi yang boleh duduk 2 org. Mula2 aku terkejut gak ngan perangai diorang, tapi lama2 aku dah leh terima.So utk mengelakkan x dpt tempat duduk, jd pagi2 lagi dah bgn awal n naik awal.

Kalau weekend or cuti sekolah, mak aku sll upah kitorang kerja kat kantin. RM10 mak bagi sehari, pastu yang best nye, petang2 pas abis meniaga, kitorng pergi beli barang n mase time tu aku ni mmg dari kecik jenis kuat makan, sebelah kedai mak aku beli barang tu ade kedai mamak. Mee goreng dia mmg marvelous betul. So leh ckp tiap2 petang le aku beli. Hasil dr duit upah tu la. Hahahahha..mcm mana la x gemok?? So aku pergi balik kedai tu baru2 ni ngan kawan aku tu, aku try balik mee grg dia. Perghhhhhhhhh..mmg x berubah, rasa dia semua. Memamg mase makan tu teringat balik la zaman dulu..huhuhuh terharu.


mee grg mamak yang best di dunia


Atikah ngah syok pekena roti telo

Masuk sekolah menengah aku dah x naik bas dah sbb sekolah mmg dekat ngan rumah. So jalan kaki la. Kalau balik mmg best sbb balik lewat skit dan selalu jalan berkawan2 ngan Atikah & Ina. Kawan aku ni best sbb dia ni sll ajak aku lepak rumah dia. Lepak study ( study la konon..)kat rumah dia. Mak dia pun baik, sll belikan dia majalah Galaxi yang mase tu mmg menjadi trend remaja cam kitorang ni. Masa tu memang gile kat Backstreet Boys. Hahahaha, ingat laki mase besday aku yang ke 13, akak aku time tu belajar kat KL, dia hadiahkan aku gambar Nick Carter yang dah siap di laminate dah. Aku pun ngan bangganye duk tunjuk kat budak2 kelas aku. Semua kagum, bangga giler time tu, hahahahah. Ina plak, mak dia pandai jahit. Dulu aku mintak mak dia jahitkan tudung sekolah aku. Memang cantik la. Ingat baru nak jumpa dia dan mak dia, tapi dia xde sbb kerja dan Mak dia plak dah selamat kembali ke rahmatullah. Semoga roh mak dia dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang2 yg solehah. Amin...


Senyummm..


Dlm kelas lama..form 1


Sekolah lama ku..

Masa jumpa balik baru2 ni, Aku jumpa semula kawan2 yang lain. Yang satu kelas. Thanks semua kat Uteh, Farah, Izyan dan Tikah. Seronok sgt dpt jumpa diorang walaupun aku kadang2 x tau nak ckp ape sbb dah lama sgt x jumpa.Tapi seronok bila teringat balik kawan2 lama, cikgu2 mana yang lawak dan mana yang memboringkan.Kawan aku tikah ni ckp, dulu aku selalu nyanyi lagu How do i life dari Lee Ann Rimes. Aku dah lupa gak sebenarnye. Huduh betul perangai suka nyanyi dlm kelas. Tapi terharu gak bila dia ingat.hehehehh..

Sib baik kawan aku ni ada keta, so boleh la aku merendek ke tempat2 yang aku pernah pergi dulu. Sekolah2 aku dan tempat2 yang penuh memori. Utk kawan2 aku semua..thanks a lot. Utk Fauziana..maaf aku terlupa pada ko sekejap. Tapi aku hargai sgt ko jadi kawan aku. Nnt kita jumpa ek. Leh wat percutian sama2

Selasa, 15 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru aku ucapkan pada Tuweet dan Izah. Selamat dah korang jadi suami isteri ek..Aku doakan semoga kekal ke anak cucu..:)


Isnin, 7 Disember 2009

majlis merisik

Alhamdulillah semuanye berjalan lancar walaupun sehari sebelomnye ujan lebat dah telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Kuantan ni. Sib baik aku duk kat area yang agak tinggi. Malam sebelom majlis tu, Arif ada call tanya jalan naik air x. Sebab dia kata dia tengok tv jalan kat Kuantan naik air. Masa tu dia kat Keratong. Balik Kg. Aku pun menelefon Mona utk tanya kan pasal tu. Almaklumla Mona ni antena dia lagi tinggi dari satelit.Hehehe..jgn mara eek Mona. Dia pun mencadangkan aku menelefon balai polis Kuantan. Nasib baik le jln 2 yang akan Arif lalui utk ke rumah aku x ditutup. Alhamdulillah..

Hari majlisnya plak, dlm pukul 12 ngah hari tiba2 xde air. Aduhai..aku dah panik dah. Pihak lelaki nak dtg pkul 5 ni. Aku x masak la lagi sebabnye awal lagi nak dtg. Tapi aku pergi beli barang jugak. Dengan harapan ada la air nnt. Tup..tup..kul 2 air pun ada. Alhamdulillahhhhhhhhhhhh..so sempat le aku wat mee hun grg ngan popia utk hidangan diorang. Mula2 nak wat nasi Arab, tapi sebab diorang dtg petang jadinye terpaksa la buat minum petang aje.

Setelah mendapat persetujuan kedua belah pihak.. Manjis bertunang kami nnt akan diadakan pada bulan Febuari. Tapi tarikhnye akan diberitahu kemudian.

Ni ada la sekeping gamba masa sarung cincin. Tapi x bape clear sbb anak buah aku yg amik. Amik sekeping plak tu. Ada yang Arif amik tp x sempat pun nak mintak dia mms.Agak kelakar le sbbnye ada buai budak blakang tu.