Rabu, 2 Julai 2008

Enam perkara pelik pada diri ku


1. Saya tak suka memuji orang. Kalau saya puji seseorang tu. Makanya memang dia seseorang yang patut dipuji.

2. Saya hanya makan rendang apabila bukan hari raya. Sebab bila hari raya saya muak pada rendang dan sampai tahap tengok pun tak mahu. Tapi selalunya saya la yang masak rendang pada malam raya.

3. Saya suka pada lelaki yang tak kacak. Tapi kacak dari segi "sense of humor"

4. Saya suka dengar lagu dan hafal lirik (boleh masuk jangan lupa lirik) sekali dan maksudnya sekali termasuk la lagu2 jepun..ang..ang..ang..

5. Saya suka cermin mata yang berbingkai tebal (old skool). Walaupun dah 3 kali tukar tapi saya tetap pilih jenis bingkai yang sama walaupun warnanya berlainan.

6. Saya suka bercakap sorang, tapi saya masih siuman. Cuma kadang2 mencari2 inspirasi konon2 saya sedang berlakon ataupun ditemuramah seseorang,ngeh..ngeh..ngeh..

Isnin, 9 Jun 2008

Dia kembali..


Dia kembali semula ke pangkuan ku. Kali ni aku tak tahu berapa lama dan rasa bahagia itu kembali semula walaupun rasa ragu-ragu itu tetap ada.

Ahad, 8 Jun 2008

Adam..


This is Adam. My new little friend. He is 3 years old. He live at Sg. Karang.He likes spiderman and i like him so much!!

Jumaat, 6 Jun 2008



MusicPlaylist



Tak tahu kenapa mood 2-3 hari ni rasa nak dengar lagu dari James Blunt ni. Muzik dan lirik dia menyentuh jiwa (ecehhhhhh).

Rabu, 4 Jun 2008

Lawatan ke Terengganu


24 May yang lepas pertama kali aku memandu ke Ajil, Terengganu. Penat jugak sebab perjalanan memakan mase lebih kurang 3 1/2 jam dari Kuantan.Tapi seronok sebab pertama kali memandu sejauh itu. Sebelum ni pun paling jauh pergi Chini dan Kemaman je. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat kembali. On da way balik tu sempat la aku singgah Pantai Kemasik dulu.Memang niat di hati nak pergi sana. Lepas ni mungkin ada destinasi lain yang ingin aku terokai.Mungkin memandu ke Perak,Johor, tak pun Kelantan.Nak buat macam mana..bak kata org putih tu "Driving is my passion". Layan je la,hehehe (Walaupun minyak mahal).

Khamis, 14 Jun 2007

Inter Medic Games University Malaya








Pada tanggal 8-10 Jun yang lepas, aku dan atlit-atlit UIAM yang lain telah menyertai Karnival Sukan IPTA Perubatan di Universiti Malaya.Seramai 80 peserta dari UIAM yang bersemangat walaupun kalah teruk dalam kejohanan kali ini.(tahun-tahun lepas pun kalah teruk juga..hehehe)

Bagi aku menang ke kalah ke, tidak la merunsingkan aku, yang penting aku dan rakan-rakan ku sama-sama memeriah kan kejohanan kali ini.Kali ini aku turun bukan sebagai pemain bola jaring tetapi sebagai pemain bola tampar.Pasukan bola tampar ini adalah pasukan pertama UIAM perempuan(bangga juga ..) jadi kalau kalah tidak mengapa (nak sedapkan hati).

Rabu, 6 Jun 2007

Hadiah Hari Jadi


Semalam, abang sulong dan isterinya membawa anak-anak mereka berjalan di Kuala Lumpur.Di sana mereka berjumpa dengan kakak aku yang bekerja di Kuala Lumpur.Kakak aku menceritakan perangai anak buah aku yang bongsu pada aku yang memang sangat kelakar keletahnya di chat.


kakak aku: semlm jumpa dida
kakak aku: aku tengok le dia pakai selipar kaler pink..cantik..aku tanye le
kakak aku: sapa beli kan slipar adik ni..
kakak aku: dia kabo..adik laa
kakak aku: adik beli tendiyii
kakak aku: mana adik dpt duit?
kakak aku: pak tam beyiii
kakak aku: sejam lepas tu..aku tanye..cerita yang sama..
kakak aku: sejam lagi..pon cerita yang sama..
kakak aku: pastu aku tanye k long..
kakak aku: kak long cakap..masa hari jadi ika(kakak pada dida)..ijek(pak tam) bagi ke dia 50 sen
kakak aku: yang tu la dia gebang(heboh) ke semua org

aku tergelak sendirian selepas membaca kepelatan dia bercakap.Kalau la betul ni 50 sen tu boleh jadi RM50 kan bagus Dik Dida oi...