Rabu, 13 April 2011

Mee Tarik



Korang semua penah dengar ke mee tarik??
Aku pun 1st time dengar jumaat lepas..8/4/2011. Tu pun Puan Mona yang kenalkan. Macam biasa time rehat hari jumaat kan rehat panjang. Dari kul 12.15 sampai lah ke pukul 2.45. Jadi Puan Mona ni pun calling2 la aku ajak makan bersama2 kawan2. Yang peliknya nama makanan tu..

Mona : Mar..jom pi makan mee tarik nak kat Bukit Rangin??
Aku : Mee tarik??? (terus bayangkan teh tarik sedang di tarik tp mee yang keluar).
Ape ke bendanye tu??
Mona : Kalau nak tau jom la pergi. Leh lepak skali ngan Puan SI ngan Puan Syima and Mona (adik Mona pun nama Mona gak )
Aku : Ok la..

So aku pun pergi la ke tempat yang dimaksudkan..rupe2 rupenya aku dah pernah makan kat gerai tu. Kedai Nasi Ayam Taufiq Beijing rupanya. Masa aku sampai tu, aku tgk si Taufiq ni tengah menarik mee. Fuh..rasa mcm kat Beijing la plak. Utk pengetahuan korang yang x tau..si Taufiq ni muaalf. So masakan2 dia berunsurkan chinese food la. So tanpa membuang masa aku pun order la mee tarik sup 1.




Setelah agak lama menarik mee tu, inilah hasilnya..Mee tu fresh dia buat sendiri. Tu yang lama tu. Harga semangkuk rm 5.50. Rasanya sedap dan x pedas langsung.

So utk pedas aku pun pesan la cili potong ye..semangkuk ni habis ke aku sorang je.



Kusyuk adik mona ngan Kak SI kita menjamu selera


Kak Syima tengah komplen ape le tu..ke puji? Mona tu saja sengih2 sbb aku amik gamba dia

Overall best la..Tapi lepas ni aku nak try mee tarik kungfu dia plak.. Sapa2 nak mencuba boleh la datang ke Gerai Taufiq Beijing ni. Landmark dia betul2 sebelah Masjid Sungai Isap yang tepi highway tu. Selamat mencuba

Rabu, 6 April 2011

Just Go With It


Isnin malam baru ni aku ada pergi menonton cerita ni dengan Kak Azanti di East Coast Mall. OK la cerita ni. Kelakar dan sgt santai. Adam Sandler memang setakat ni x pernah mengecewakan aku dengan watak2 yang di bawa. Start from Water Boy sampai la cerita ini mmg yang terbaik. Kalau korang tgk cerita ni, Jen di gambarkan sebagai seorang wanita yang sudah berumur tetapi selepas korang tgk di pertengahan cerita korang boleh simpulkan bahawa dia seorang wanita yang berumur tetapi masih lagi hot. Hingga kan watak Palmer (Brooklyn Decker) yang seksi dan muda agak tenggelam selepas Katherine (Jennifer Aniston) di make over kan. Kalau korang nak tau kenapa dia di make over kan? Sila la pergi menonton di pawagam2 berdekatan. Tapi jgn la bawak budak2 yang baru nak membesar tu ye. Sangat tidak sesuai. Btw rasanya cite ni 18 sx kot. Ok la.. selamat menonton

Selasa, 5 April 2011

Mango Passion

Hai semua.. Hari ni nak kongsi skit beberapa beauty tips yang sy selalu guna. Walaupun sy ni xla jelita pun cuma mana la tau kot2 ilmu melawa ni boleh di guna pakai utk org lain.

Baru2 ni ada beli lipstik jenama Za. Warna ni memang dari dulu cari dan akhirnya jumpa juga. Lipstik yang saya maksudkan ialah Za Pure Shine Lips OR2 Mango Passion

Ni dia lipstick yang di sebutkan..murah je harganya Rm27.00



Warna dia mmg ke jingga dah nama mango kan..

Celebrity yang pernah memakai warna lipstick ini ..

Kate Hudson

Reese Witherspoon

Katy Perry

.
.
.



Ok ni adalah hasilnya..mmg warna dia x menyerlah sgt so sgt sesuai utk org yg pakai tudung mcm aku. Btw..warna macam ni nampak kita lagi muda. :)

Alang2 dah pakai lipstik Za tu, aku pun bukak la website dia kat sini ada beauty tips. So kat sini kita share 30 beauty tips for business scene.

Apa lagi akak2 kat opis tu.. practice2 la tips ni.